Tuesday, June 2, 2009

FAKTOR-FAKTOR PSIKOLINGUISTIK DALAM PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA

Abstrak
Artikel ini pada dasarnya ditulis untuk melihat hubung kait di antara disiplin psikolinguistik dan kemahiran membaca. Tumpuan diberikan kepada disiplin psikolinguistik serta faktor-faktor yang berkaitan yang mempengaruhi aspek penguasaan kemahiran membaca. Faktor-faktor utama yang diberi penekanan dalam penulisan ini ialah faktor fizikal, mental dan emosi.

Pengenalan

Ahli-ahli psikolinguistik berpendapat bahawa membaca yang sebenar adalah satu aktiviti yang bertujuan untuk mencari makna yang tersurat dan tersirat dalam teks atau petikan yang dibaca. Membaca dianggap sebagai satu proses psikolinguistik kerana apabila seseorang itu membaca sesuatu bahan bacaan, dia secara tidak langsung membentuk semula di dalam fikirannya erti atau maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang penulis. Dalam proses ini, pembaca menggunakan segala pengalaman dan pengetahuan dunianya untuk merumuskan erti perkataan atau ayat dengan melakukan intergrasi dan rekonstruksi. Dengan perkataan lain, proses membaca menggunakan struktur dalaman pembaca untuk menginterpretasikan struktur luaran. Fenomena ini ditegaskan oleh Goodman (1973):

“Reading is the receptive of written communication. In written language a message has been encoded by the writer in graphics symbols spatially distributed on the page. The reader does not merely pass his eyes over written language and receive and record a stream of visual perceptual images. He must actively bring to bear his knowledge of language, his past experience, his conceptual attainments on the processing of language information encoded in the form of graphic symbols in order to decode the written language. Reading must therefore be regarded as an interaction between the reader and written language, through which the reader attempts to reconstruct message from the writer.”

Oleh yang demikian sebahagian besar daripada kecekapan membaca bergantung kepada kebolehan membuat inferensi yang sesuai dan kesimpulan yang munasabah. Makna yang ada dalam teks diperolehi oleh pembaca dengan memahami apa yang dinyatakan secara eksplisit dan implisit oleh pengarang serta mengaitkannya dengan apa yang sememangnya sudah ada hasil daripada pengetahuan latar pembaca itu sendiri. Pengetahuan latar ini wujud dan berkembang dengan adanya gabungan antara pengetahuan dan pengalaman dari dunia sekitar pembaca. Tegasnya, apa yang dimaksudkan dengan faktor-faktor psikolinguistik dalam proses membaca berkaitan dengan pengetahuan dan kesediaan pembaca serta latar belakangnya. Untuk menghuraikan faktor-faktor psikolinguistik dalam penguasaan kemahiran membaca, perkara penting yang harus diberi perhatian ialah diri pembaca, terutamanya dari segi kesediaan fizikal, emosi dan mental kerana faktor-faktor ini terlibat secara langsung dalam penguasaan kemahiran tersebut.


Apakah Psikolinguistik?

Menurut Mangantar Simanjuntak (1987), psikolinguistik merupakan satu ilmu yang mencuba menghuraikan proses-proses psikologi yang terjadi apabila seseorang mengucapkan ayat-ayat dan memahami ayat-ayat yang didengar pada waktu berkomunikasi dan bagaimana kebolehan itu diperoleh manusia.
Smith pula mengatakan psikolinguistik sebagai “ …A field of study that lies at the intersection of two broader disciplines, psychology and linguistics.

Kamarudin Hj. Husin (1988), mengatakan bahawa psikolinguistik adalah sains interdisiplin yang lahir daripada hasil percantuman dua disiplin sains : psikologi dan linguistik. Istilah ini telah dicipta setelah adanya pertemuan-pertemuan oleh beberapa orang pakar dalam bidang psikologi dan linguistik yang masing-masing cuba mencari dan menentukan hubungan di antara kedua-dua sains ini.

Pada peringkat teoritis, tujuan utama psikolinguistik ialah mencari satu teori bahasa yang munasabah dan unggul dari segi linguistik dan psikologi yang mampu menerangkan hakikat bahasa dan pemerolehannya. Oleh itu psikolinguistik cuba menerangkan hakikat struktur bahasa dan bagaimana struktur ini diperolehi dan digunakan pada waktu bertutur dan memahami ayat-ayat (ujaran-ujaran) bahasa. Pada peringkat praktisnya, psikolinguistik cuba menerapkan pengetahuan linguistik dan psikologi dengan masalah seperti pengajaran dan pembelajaran bahasa, pengajaran permulaan dan pembacaan lanjutan, kedwibahasaan (bilingualism) dan multilingualism, penyakit bertutur seperti afaria, gagap dan sebagainya, komunikasi, pemikiran manusia, dialek-dialek, pidginisme dan kreolisasi dan masalah-masalah sosial lain yang menyangkut bahasa seperti bahasa dan pendidikan, bahasa dan pembangunan nusa dan bangsa (Mangantar Simunjuntak,1987).


Hubungan Psikolinguistik dan Kemahiran Bahasa

Dalam aspek kemahiran membaca, kegiatan membaca dan memahami apa yang dibaca merupakan perkara yang penting bukan sahaja dalam pendidikan bahasa, bahkan juga dalam mata-mata pelajaran lain. Dalam proses membaca ini, seseorang murid itu bukanlah setakat membunyikan sebutan sesuatu perkataan atau ayat, tetapi dapat memahami apa yang disebut atau dibaca serta dapat bersama-sama mengikuti jalan fikiran seseorang pengarang. Pemahaman terhadap apa yang dibaca merupakan matlamat utama seseorang pembaca. Oleh yang demikian bacaan bukanlah satu respons kepada grafik semata-mata, sebaliknya ia meliputi kebolehan mendapatkan satu gambaran yang bermakna daripada idea-idea atau maklumat dalam bahan bacaan itu.

Untuk memahami proses membaca, kita sebenarnya cuba memahami apakah yang dilakukan oleh pembaca apabila dia berusaha mendapatkan makna daripada sesuatu petikan atau bahan bacaan. Menurut psikolinguistik kognitif, proses membaca bermula dengan makna dan berakhir dengan makna pula (Mangantar Simanjuntak,1988). Pembaca terpaksa bergantung kepada pengetahuan dunianya untuk memberi makna kepada lambang-lambang tulisan yang dibacanya. Dengan demikian proses membaca menurut pandangan psikolinguistik kognitif merupakan satu proses dua hala. Hala yang pertama, iaitu hala dari lambang ke otak dan hala yang kedua ialah dari otak ke lambang tulisan. (ibid : 161). Sebenarnya, hala yang pertama itu hanyalah merupakan tanda saran (cue) belaka untuk membantu otak manusia melakukan tugasnya, iaitu meramal, mentafsirkan secara tentatif dan kemudian memastikan kata-kata dalam kalimat yang dibaca dengan pertolongan erti yang dikerahkan oleh otak berdasarkan sintaksis dan konteks kata-kata itu. Menurut fahaman psikolinguistik, membaca adalah proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang pembaca membentuk semula di dalam fikirannya (otaknya) erti yang mungkin ingin disampaikan oleh seseorang penulis melalui lambang-lambang bertulis yang dibaca oleh pembaca tadi. Menurut pengertian ini seseorang harus segera menarik erti daripada teks dengan pertolongan yang minimum daripada tanda saran yang didapati daripada lambang-lambang bertulis dalam teks itu tanpa membunyikan kata-katanya satu persatu. Dengan demikian, jelaslah bahawa tujuan utama membaca ialah untuk mendapatkan erti yang sebenarnya. Tanda saran daripada huruf atau kalimat bertulis inilah yang merangsangkan otak untuk meramalkan erti dan seterusnya merumuskan erti yang sebenarnya dengan melakukan integrasi dan rekonstruksi.

Berdasarkan keterangan di atas didapati bahawa membaca mempunyai hubungan yang erat dengan disiplin psikolinguistik. Kedua-duanya saling berhubung kait kerana setiap kali seseorang melakukan kegiatan membaca, secara tidak langsung dia melibatkan dirinya dengan faktor-faktor psikolinguistik. Pemahaman terhadap apa yang dibaca berkait rapat dengan pengetahuan latarnya yang merangkumi segala pengalaman hidup serta kecekapan berbahasa. Teori-teori psikolinguistik menyatakan bahawa bacaan itu adalah satu proses pemikiran yang menumpukan kepada usaha untuk mencari pemahaman dengan menggunakan berbagai-bagai pengetahuan dan kemahiran untuk membaca dan memahami petikan yang dibacanya. Sambil dia membaca dan mengikuti unit-unit pemikiran atau makna, dia mencuba menelaah atau meramalkan akan unit-unit bacaan yang seterusnya (Abdul Aziz Abdul Talib,1984 ).

Faktor-Faktor Utama Yang Mempengaruhi Penguasaan Kemahiran Membaca
Seperti yang telah dibincangkan, faktor-faktor psikolinguistik yang mempengaruhi kemahiran membaca mempunyai pertalian rapat dengan diri pembaca dan pengetahuan latarnya. Untuk itu, perhatian haruslah diberi ke atas faktor-faktor yang terlibat secara langsung dalam penguasaan kemahiran membaca.


Faktor Fizikal

Pertumbuhan dan perkembangan fizikal ialah salah satu aspek yang boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. Kesihatan fizikal amat penting dalam menentukan kebolehan dan kecekapan seseorang kanak-kanak itu belajar membaca. Sekiranya kanak-kanak itu mengalami masalah kecacatan fizikal seperti kurang pendengaran atau penglihatan, maka sudah pasti keadaan itu menjejaskan proses perkembangan membaca bagi kanak-kanak itu. Oleh yang demikian faktor penglihatan dan pendengaran yang baik serta kebolehan bertutur secara normal membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca.

Dengan memiliki penglihatan yang baik, seseorang kanak-kanak dapat mengamati sesuatu dengan jelas. Lebih penting lagi ialah, dia dapat membezakan bentuk-bentuk visual/perkataan serta mengingatinya . Kebiasaan melihat serta mengamati sesuatu bentuk visual/perkataan akan membolehkan pembaca menyimpannya dalam ingatan jangka panjang.

Pendengaran yang baik juga membantu pembaca membunyikan sesuatu perkataan atau ayat dengan betul. Sebelum itu seseorang pembaca perlu didedahkan dengan sistem bunyi bagi sesuatu bahasa. Kebolehan mendengar dengan tepat setiap bunyi bagi sesuatu huruf atau perkataan membolehkan pembaca membezakan bunyi atau fonem sesuatu bahasa. Proses pendengaran yang dilalui oleh setiap individu dalam menguasai kemahiran membaca dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat:

i. mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;
ii. memahami bunyi-bunyi tersebut;
iii. menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
iv. bertindak terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Dalam proses mendengar deretan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa itu, individu yang berkenaan melalui proses menerima bunyi-bunyi . Bunyi-bunyi yang dimaksudkan itu merupakan bunyi-bunyi yang datang dari unsur luar dan sengaja dihasilkan dengan membawa maksud tertentu. Dalam pengajaran membaca, sesuatu huruf, perkataan atau ayat dibunyikan dengan tepat untuk membolehkan kanak-kanak atau pelajar mendengar dan mengesan bunyi-bunyi tersebut. Proses mendengar dan mengesan ini hanya mampu diterima oleh setiap individu yang mempunyai alat pancaindera dengar yang normal.

Peringkat kedua dalam proses pendengaran ialah memahami deretan bunyi-bunyi bahasa yang diperdengarkan kepadanya. Sesuatu deretan bunyi itu biasanya dikaitkan dengan sesuatu maksud yang tertentu. Apabila bunyi –bunyi itu diperdengarkan dan diikuti pula dengan tingkah laku yang tertentu oleh guru, kanak-kanak/pelajar yang mendengarnya akan menghubungkan tingkah laku tersebut dengan bunyi-bunyi yang dihasilkan. Proses ini lebih berkesan sekiranya deretan bunyi-bunyi tadi diulang beberapa kali sehingga menjadi kebiasaan kepada pelajar.
Pada peringkat ketiga, pelajar telah menguasai makna beberapa perkataan dan memahami persamaan erti serta melihat kelainan makna yang wujud antara satu perkataan dengan perkataan yang lain dalam satu bahasa yang sama. Pada peringkat ini pelajar sudah dapat menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan kepadanya.

Setelah ketiga-tiga peringkat dilalui dan dikuasai , peringkat terakhir ialah bertindak terhadap apa yang didengar. Pelajar boleh melakukan sesuatu mengikut apa yang didengar atau menyebut sesuatu perkataan atau ayat seperti mana yang sebetulnya. Sehubungan dengan itu, peringkat yang seterusnya ialah kemahiran bertutur yang merupakan satu lagi aspek kemahiran bahasa yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang menguasai kemahiran membaca. Kemahiran bertutur amat penting kerana ia menentukan penyebutan sesuatu perkataan dengan betul dan tepat. Sekiranya seseorang pelajar menghadapi masalah dalam pertuturan contohnya gagap, dia akan menghadapi kesukaran untuk membunyikan sesuatu ujaran. Secara tidak langsung keadaan ini akan menjejaskan penguasaan terhadap kemahiran membaca dengan baik.
Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah kepada kita betapa ciri-ciri fizikal seseorang memainkan peranan yang penting dalam membantunya untuk menguasai kemahiran membaca. Kecacatan fizikal , iaitu yang melibatkan pancainderanya akan menjejaskan penguasaan kemahiran membaca.


Faktor Kecerdasan (Mental)

Pada umumnya, kecerdasan dapat ditafsirkan sebagai kebolehan untuk melakukan pemikiran secara mujarad, kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan cara tindakan terhadap sesuatu yang bermasalah (Atan Long,1978).

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesempurnaan pemelajaran dapat dinilai dari segi senang susahnya dan cepat lambatnya pemahaman seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari. Pemahaman ini sebahagian besar bergantung kepada taraf kemampuan mental seseorang yang belajar untuk memahami apa yang dipelajarinya. Dari segi psikologi, dikatakan bahawa kadar pemahaman seseorang terhadap apa yang dipelajari dipengaruhi oleh darjah kecerdasannya.
Dalam aspek penguasaan kemahiran membaca,kecerdasan otak dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan kebolehan membaca seseorang itu. Di Amerika, satu kajian yang telah dibuat di sekolah-sekolah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai otak yang cerdas dan sederhana cepat menguasai kemahiran membaca jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan di bawah paras sederhana.

Oleh yang demikian, dalam pengajaran membaca, seseorang guru haruslah peka terhadap perbezaan yang wujud di kalangan para pelajarnya agar dia dapat menentu dan memilih bahan yang sesuai dengan tahap pencapaian pelajar sekurang-kurangnya dapat membentuk dan memupuk minat membaca serta penguasaan terhadap kemahiran membaca secara berperingkat-peringkat. Pembelajaran bacaan seperti ini lebih berkesan dan menjamin penguasaan kemahiran membaca yang baik dalam jangka masa panjang.


Faktor Emosi

Emosi ialah keadaan kebangkitan seseorang sebagai satu reaksi terhadap benda atau keadaan. Bagi orang yang mengalami kebangkitan emosi, aspek emosi yang paling nyata ialah perasaan yang berhubung dengan emosi itu. Dia mungkin berasa takut, gementar, gugup, suka, seronok, sedih dan sebagainya. Sekiranya emosi seseorang itu terbangkit berhubung dengan sesuatu yang telah memberikan pengalaman yang menyenangkan, maka dia akan digerakkan untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Sebaliknya, emosi yang terbangkit oleh sesuatu yang mendatangkan kesakitan pada masa lepas akan menggerakkan seseorang melarikan diri atau menjauhkan dirinya daripada matlamat yang hendak dicapai. Pada dasarnya, setiap orang akan dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan jayanya jika dia mempunyai keyakinan diri. Dalam konteks ini, keyakinan diri membantu seseorang itu menguasai kemahiran membaca dengan lebih mudah daripada pelajar yang mempunyai perasaan rendah diri. Selain itu, seseorang yang dalam keadaan fikiran yang tidak tenteram, bimbang dan kecewa akan mengalami kesukaran untuk mempelajari sesuatu dengan berkesan. Lebih-lebih lagi jika guru mengambil tindakan yang negatif (seperti menyuruh pelajar berdiri di hadapan kelas, mengeluar kata-kata yang menyentuh perasaan pelajar dan sebagainya) terhadap pelajar yang tidak dapat membaca dengan baik akan menimbulkan gangguan emosi yang boleh menjejaskan proses perkembangan membacanya.

Penutup

Hasil daripada perbincangan, jelaslah kepada kita bahawa faktor-faktor psikolinguistik begitu berpengaruh dalam menentukan tahap penguasaan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak dan pelajar. Untuk membolehkan seseorang kanak-kanak atau pelajar menguasai aspek membaca, dia seharusnya dapat bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi.


Rujukan
Abdul Aziz Abdul Talib.(1984). Psikolinguistik dan Pengajaran Bacaan Di Sekolah-Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, 28(26), 357-363.

Atan Long. (1979). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Goodman, K.S. (Ed.). (1973). The Psycholinguistic Nature of The Reading Process. Detroit: Detroit Wayne State University Press.

Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Longman.

Mangantar Simanjuntak.(1987). Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mangantar Simanjuntak.(1988). Pendekatan Psikolinguistik Kognitif Dalam Pengajaran dan Pemelajaran Membaca Bagi Kanak-Kanak Berumur 4 – 6 Tahun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, 30(2), 157 – 169.

Smith, F. (1977). Psycholinguistics And Reading. New York: Rhinehart & Winston, Inc.

BELAJAR CARA BELAJAR (BCB)

Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka.

Belajar cara belajar di sini akan cuba memberikan berberaapa cadangan dan idea untuk menjalankan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang menyerapkan belajar cara belajar. Untuk mencapai matlamat ini, beberap objektif seperti:
v Menjelaskan konsep belajar cara belajar kepada guru.
v Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid
v Membimbing guru mengenal pasti startegi pembelajaran yang sesuai untuk murid.
v Membantu guru mengaplikasikan kemahiran belajar cara belajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
v Menyediakan contoh rancangan pengajaran-pembelajaran untuk guru.

RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR

Belajar cara belajar yang diperkenalkan dalam pendidikan adalah berdasarkan kepada beberapa sebab:
v Proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam kelas adalah terhad.
v Pengetahuan dan maklumat yang diterima oleh murid di dalam kelas juga terhad.
v Sika tanggungjawab murid perlu ada terhadap pembelajaran mereka.
v Murid perlu belajar untuk memperolihi maklumat tambahan di luar waktu persekolahan.
v Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu.
Kemahiran belajar cara belajar sejajar dalam matlamat pendidikanv untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid..

OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR

Objektif Belajar Cara Belajar adalah seperti berikut:
v Menyediakan murid yang berupaaya belajar sendiri tanpa guru.
v Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.
v Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri.
v Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR?

Pengertian Belajar Cara Belajar
Belajar cara belajar ialah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru ( formal ) atau tanpa guru ( non-formal ).

KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Kemahiran itu termasukla:
v Kemahiran mendengar dengan berkesan.
v Kemahiran membaca.
v Kemahiran mencatat nota.
v Kemahiran menulis.
v Kemahiran mengingat.

a. Kemahiran Mendengar dengan Berkesan.
Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.

Kemahiran mendengar melibatkan beberapa proses.
1. Apa yang didengar.
1.1 Terdapat pelbagai bahan yang kita dengar seperti teks puisi, muzik, ucapan, arahan, lakonan, lagu, berita, pengumuman, syarahan dan pelbagai lagi.


2. Mengapa perlu mendengar.
2.1 Mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta,data dan pengetahuan dari apa yang didengar.
2.2 Perlunya mendengar juga adalah untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik.
2.3 Untuk mengetahui perkembangan semasa.
2.4 Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu.


3. Siapa yang didengar.
3.1Sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat, memberikan penjelasan, membuat pertanyaan dan mereka yang memberikan pendapat.

4. Bagaimana mendengar dengan berkesan.
4.1 Seseorang yang mendengar dengan teliti dan penuh perhatian terhadap apa yang disampaikan.
4.2 pendengaran dengan berkesan adalah dalam suasana yang tenang dan selesa.

5. Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar.
5.1 kemahiran mendengar dapat ditingkatkan dengan cara memotivasikan diri untuk memberikan sepenuhnya tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu.
5.2 mendengar dan memandang kearah guru atau penyampai.
5.3 Menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis


b. Kemahiran Membaca.
Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empat gaya bacaan, iaitu:

1. Skimming / Luncuran.
Skiming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen. Dalam proses bacaan ini juga ialah bertujuan untuk membuat pandangan umum mengenai dokumen dengan segera.
Bacaan skimming boleh dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan sesuatu bahan atau dokumen, begitu juga dengan membaca menggunakan pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca.

2. Scanning / Imbasan.
Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming. Antara tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawaban kepada sesuatu persoalan.
Membaca secara imbasan adala membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.

3. Bacaan intensif
Bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan intensif memerlukan penumpuaan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca. Ketekunan dalam pembacaan juga mesti tinggi dan selalunya bacaan secara intensif ini mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna apa yang dibaca.
Tujuan bacaan secara intensif adalau sematapmata untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

4. Bacaan Laju.
Bacaan laju ialah teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan laju dan mampu memahami dengan serentak apa yang dibaca. Membaca laju menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Ini boleh dibuat dengan membaca cepat seluruh buku, membaca cepat senarai bab, membaca cepat semua bahagian dan membaca cepat semua perenggan.
Tujuan bacaan laju adalah untuk menggunakan masa terhad dengan lebih produktif, dapat menjimatkan masa, dan untuk memperolihi maklumat tambahan pada kadar yang cepat.

c. Kemahiran Mencatat Nota.

Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

Perlunya mencatat nota adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan. Daripada isi-isi penting ini dapatlah ia dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota yang telah dikumpul akan dapat membantu sebagai bahan rujukan tambahan pada masa hadapan.

d. Kemahiran Menulis
Menulis Laporan
Pada umumnya untuk menyediakan laporan adalahseperti yang berikut:

v Memilih topic sekiranya tidak diberikan.
v Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
v Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topic.
v Membuat nota .
v Menyerdiakan kerangka laporan.
v Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik.
v Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik yang lain yang sesuai.
v Menyemak draf.
v Membuat pemurnian dan menulis draf kedua.
v Menerbitkan laporan.

Kemahiran Menulis Cepat

Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu , memerlukan kreteria seperti berikut:
v Kelajuan menulis.
v Tulisan yang boleh dibaca.
v Kandungannya difahami.

Seseorang yang boleh menulis dengan cepat dapat menulis lebih banyak maklumat. Dalam peperiksaan dengan jangka masa yang terhad tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang boleh ditulis. Kebolehan menulis cepat juga dapat menjimatkan masa.

Syarat pra-menulis cepat bagi ia akan dapat membantu untuk menyampaikan banyak maklumat atau fakta dalam ingatan semasa menjawab soalan peperiksaan. Murid juga boleh mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat. Penyediaan alat tulis yang baik juga penting dalam penulisan cepat seperti pensel yang tajam atau pen yang sempurna.

e. Kemahiran Mengingat

mengigat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama.

Jenis ingatan adalah ingatan jangka pendek dimana maklumat yang diterima akan hanya diingat dan tersimpan dalam jangka masa yang singkat sahaja manakala ingatan jangka panjang adalah maklumat yang disimpan dan kekal dalam ingatan.

Proses ingatan dapat dibahagikan kepada tiga langkah iaitu:
v Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan.
v Menyimpan maklumat
v Mengingat kembali maklumat.


KEMAHIRAN MAKLUMAT
Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah satu aspek kemahiran belajar cara belajar yang pentinh. Mengenal pasti sumber pembelajaran , cara mendapatkan maklumat dari temu ramah, membuat rujukan , mengenal maklumat dalam buku, dan cara merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada kemahiran maklumat yang perlu dikuasi oleh murid.

Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang. Manakala kemahiran maklumat ialah keupayaan seseorang mengenalpasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.


STRATEGI METAKOGNISISI

Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses seperti berikut:
v Merancang apa yang dipelajari.
v Memantau kemajuan pembelajaran diri.
v Menilai apa yang dipelajari.

Proses Metakognitif

a. Proses Merancang
Proses ini memerlukan murid meramalkan apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari. Murid perlu menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi. Murid juga perlu membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara.

b. Proses Memantauan
Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara perkara seperti:
- Apakah soalan yang perlu saya kemukakan?
- Adakah ini membawa makna kepada saya?
- Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan?
- Mengapakah saya tidak memahami cerita ini?

c. Proses Menilai
Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui:
- Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya?
- Mengapakah saya mudah / sukar menguasainya?
- Apakah tindakan / pengubahsuaian yang harus saya ambil?

Dengan pengetahuan seperti ini, murid dapat memeikirkan strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru.


RUMUSAN

Belajar cara belajar yang telah diperkenalkan ini adalah kerana disebabkan oleh keadaan yang memaksa .Sepertimana yang diketahui umum masa dalam bilik darjah adalah amat terhad bagi setiap murid untuk mendapatkan pengetahuan. Maklumat yang diterima dalam masa yang terhad juga adalah sangat kurang.
Belajar cara belajar juga mendidik murid untuk merasa lebih bertanggungjawab dalam pelajaran mereka. Mereka akan belajar untuk mendapatkan maklumat di luar waktu persekolahan. Selain daripada itu, belajar cara belajar juga dapat menggalakkan murid supaya meningkatkan keupayaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Kemahiran belajar cara belajar sejajr dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid.
Belajar cara belajar telah mengariskan tiga komponen utama dalam perlaksanaan kemahiran belajar iaitu:
v Kemahiran belajar
v Kemahiran maklumat
v Strategi metakognitif

Ia merangkumi dari segi cara belajar murid, mencatat maklumat dan strategi metakognitif yang mana murid dapat meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku.


RUJUKAN

Ee Ah Meng. Pedagogi Satu Pengenalan, edisi ketiga. Kuala Lumpur. Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1992

Ee Ah Meng. Seri Pendidikan Guru, Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1995

Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul Belajar Cara Belajar.

KEMAHIRAN MENDENGAR

PENGENALAN

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Proses mendengar menjadi perkara utama bagi mahasiswa universiti. Ini kerana proses pengajaran di universiti biasanya secara kuliah dan pensyarah tidak memberi banyak peluang kepada mahasiswa untuk mengemukakan pertanyaan. Keadaan ini mengambarkan betapa perlunya seseorang mahasiswa mendengar bersungguh-sungguh ketika kuliah diberikan.

Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971:I) menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah antara 50% - 100%.


DEFINISI

Mengikut Chuah (1987) terdapat perbezaan yang besar antara proses mendegnar dan dengar. Ini bolehlah disamakan dengan penerangan Barker (1971) yang boleh dirumuskan sebagai mendengar adalah suatu proses yang aktif dan dengar adalah satu proses yang pasif.

Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.

Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.

Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati isitu mendengar dengan menjiwai apa yang didengar oleh sebab dari sini timbul celik akal. Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan mencapai tahap nirwana kendiri, yang akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan keupayaan dan intelektual secara maksimum dalam proses pembelajaran.

Mendengar adalah perbuatan yang menggunakan organ telinga bersamping dengan saraf pendengaran di otak. Tetapi perbuatan ini mesti dilatih dengan betul supaya proses pendengaran dapat dilakukan dengan betul.

Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri.

Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference, mengagakkan hasil, generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.


KEMAHIRAN MENDENGAR

Dalam komunikasi lisan, kedua-dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur adalah terlibat, walaupun berhubung rapat antara satu sama lain, merupakan kemahiran yang berbeza.

Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu.


PROSES MENDENGAR

Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat:

a) Mendengar deretan bunyi bahasa
Individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arah datangnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang sahaja yang dapat dikesan. Setelah mendegnar beberapa kali, barulah deretan bunyi itu didengar secara total. Proses ini hanya ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi dan pancaindera dengar yang normal.

b) Memahami bunyi tersebut
Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu dari penutur, pendengar akan berhubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi tersebut. Dalam perkataan lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukann dengan bunyi yang dilafazkan. Proses ini yang berukangkali dilakukan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.

c) Di peringkat ini pendengar menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia dapat memahami persamaan erti dan kelainan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain, antara satu rangkai kata dengan satu rangkai kata yang lain dalam bahasa yang sama. Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah. Bunyi yang menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Pendek kata, pendengar yang baik akan faham dan mengerti maksud setiap ujuran yang dilafazkan. Mereka bukan shaja boleh memaham malah boleh juga membuat interpretasi daripadanya.

d) Bertindak terhadap bunyi
Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui ketiga-tiga peringkat tadi. Waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.



PENTINGNYA MENDENGAR DENGAN AKTIF

Weaver (1972) mengatakan terdapat beberapa faedah penting mendengar dengan aktif dn antaranya adalah seperti yang berikut:
i) Dengan mendengar secara aktif anda akan lebih banyak belajar.
ii) Anda akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih berpengalaman lagi.
iii) Anda akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang yang bercakap kepada anda.
iv) Dapat menberi tindak balas yang baik kepada orng yang sedang bercakap.
v) Anda akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain. Anda akan mengikut arahan dengan lebih baik, rapi dan anda membuat sedikit kesilapan dan mengurangkan kesilapan-kesilapan kecuaian.
vi) Tidak menyentuh perasaan anda misalnya dalam masa perbincangan jika rakan anda berbincang tentang sesuatu tajuk dan anda tertinggal dan masih bertanyakan masalah yang sama akan memalukan diri sendiri.



Mengikut Barker (19710 terdapat tiga asas keuntungan daripada proses mendengar dengan aktif, iaitu:
i) mendengar membantu anda mengembangkan pengetahuan dan kemahiran.
ii) Dapat memajukan perkembangan perbendaharaan kata dan kemudahan berbahasa. Mendengar merupakan asas pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
iii) Mendengar membolahkan anda melihat mesej yang penting dan tidak penting.



JENIS KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis:

a) Mendengar secara intensif

Mendengar jenis ini dilakukan melalui latihan dan aktiviti yang formal yang biasanya dilaksanakan di bawah kelolaan dan pengawasan guru. Mendengar secara intensif boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama ia menekankan kepada latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci. Kedua, ia menekankan kepada latihan mendengar bahasa yang dituturkan.

Latihan berpusatkan kepada kefahaman makna

Latihan yang berpusatkan kepada kefahaman makna secara terperinci boleh dijalankan dalam berbagai-bagai cara. Antaranya ialah:

i) Mendengar arahan
Murid-murid mendengar arahan yang diberi dan bertindak balas terhadapnya. Arahan itu boleh diberi oleh guru, ketua murid, guru besar, ketua darjah atau rakan-rakan mereka sendiri. Biasanya, murid-murid yang dapat mendengar dengan baik akan dapat memahami maksud yang didengarnya itu dan cepat dan dapat pula segera bertindak terhadapnya. Murid-murid seperti ini dapat menghasilkan sesuatu tindak balas secara tepat dan berkesan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah melengkapkan peta, membuat corak, mencari jalan pada peta sesebuah bandar dan sebagainya.

ii) Menjawab soalan kefahaman
Murid-murid mendengar soalan yang dikemukakan dan kemudian diminta mengenal pasti jawapan yang diperlukan. Jawapan-jawapan tersebut kemungkinan berbentuk fakta dan biasanya boleh diperoleh daripada petikan yang diberi. Berbagai-bagai aktiviti boleh dilakukan oleh murid-murid. Antaranya ialah memberi penerangan, memberi makna, membuat huraian, menyatakan sebab, menjelaskan sesuatu, membuat taksiran, membuat andaian interential, memberi komen dan sebagainya.

iii) Mendengar untuk mendapatkan maklumat
Dalam latihan ini perhatian murid-murid ditumpukan kepada bahagian-bahagian tertentu daripada apa yang mereka dengar. Latihan ini amat baik untuk melatih murid-murid mendengar dengan teliti maklumat-maklumat yang berkenaan sahaja dan mengenepikan yang lainnya. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid. Antaranya ialah mendengar tentang cara untuk membuat kuih, mendengar dari seorang jurujual mengenai sebuah kereta yang akan dibeli, mendengar dn mendapatkan maklumat tentang rumah yang akan dibeli, mendengar dn mendapatkan maklumat maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh orang tetentu dalam seminggu dan sebagainya.

iv) Membuat ringkasan
Murid-murid mendengar sesuatu petikan dan kemudian membuat ringkasna tentang apa yang telah didengarnya. Petikan itu mungkin boleh dibaca atau dirakam terlebih dahulu. Murid-murid diminta membuat catatan isi-isi penting ketika mendengar sesuatu petikan itu. Ringkasan itu kemudiannya boleh disiapkan dalam bentuk laporan bertulis.

v) Menyelesaikan masalah
Murid-murid mendengar sesuatu maslah dan kemudian diminta berbincang bersama-sama rakan mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Murid-murid pada mulanua diminta mendengar masalah itu dengan teliti. Setelah dapat memahami meksudnya, mereka diminta mencari punca masalah tersebut dan selepas itu mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kadangkala murid-murid diminta memberi penerangan atau mentafsirkan tajuk-tajuk rangsangan secara bernas dan logik. Misalnya, 'Semua orang Melayu bolehbertutur Bahasa Melayu, tetapi bukan semua orang Melayu'. Tajuk seperti ini boleh menggalakkan kemahiran mendengar secara intensif.

Latihan Mendengar Bahasa Yang Dituturkan

Setelah murid-murid memahami dan boleh menanggapi apa yang didengarnya, guru boleh meneruskan kerja mereka selanjutnya secara terperinci bahasa. Pada peringkat awal, murid-murid akan didedahkan kepada bahasa-bahasa yang asli iaitu bahasa yang belum dipermudahkan. Tujuan mendedahkan mereka kepada bentuk bahasa seperti ini adalah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa mereka boleh menterjemah sebahagian besaar ciri-ciri bahasa walaupun mereka tidak memahami apa yang diperkatakan. Murid-murid dapat juga menyuburkan keyakinan diri mereka terhadap pembelajaran bahasa di samping memberi mereka peluang mendengar berbagai-bagai bentuk bahasa.

Selain daripada belajar mengenal pasti laras dan tujuan bahasa itu digunakan, guru boleh juga membimbing murid-murid mereka untuk mengesan kesalahan-kesalahan yang terdapat sewaktu bahasa itu dituturkan. Guru boelh membawa perhatian murid-murid kepada aspek-aspek bahasa yang lazim diperkatakan seperti sebutan, intonasi, jeda, nada,tekanan, gaya, bentuk dan struktur serta keslahan-kesalahan seperti ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan kemahiran bahasa lisan murid-murid.


b) Mendengar Secara Ekstensif

Latihan mendengar secara ekstensif adalah latihan yang dijalankan setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar secara intensif. Mendengar secara ekstensif ini bertujuan untuk meluaskan penguasaan bahasa secara keseluruhan dan tidak lagi tertumpu kepada pengukuhan struktur tatabahasa atau yang seumpamanya. Latihan mendengar secara ekstensif biasanya dilakukan melalui aktiviti lanjutan daripada kemahiran mendengar yang telah sedia diperolehi.

Mendengar secara ekstensif menekankan aktiviti mendengar secara kritis dan logis. Murid-murid boleh menggunakan buah fikiran mereka untuk memperdebatkan apa yang didengarnya itu. Kemungkinan murid-murid boelh memberi komen daripada apa yang didengarnya, atau melengkapkan cerita, atau mencari isi penting daripada sebuahtafsiran dan sebagainya. Latihan mendengar seperti ini membantu menyediakan murid-murid untuk boleh memberi pandangan dan pendapat serta hujah dengan baik.


Bentuk Kemahiran Mendengar

Bentuk-bentuk kemahiran mendengar boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:

a) Mendengar secara pasif adalah peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu.

Banyak perkara yang boleh mendorong kanak-kanak mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.

b) Mendengar Secara Bertelau-telau
mendengar secara bertelau-telau berlaku dilalangan pelajar bahasa kedua. Kemahiran ini lebih tinggi tarafnya daripada kemahiran mendengar secara pasif. Dalam kemahiran ini, pendengar biasanya kurang mampu mendengar dan menangkap bahagian-bahagian ujaran tertentu dalam sesuatu pertuturan. Mereka kurang biasa mendengar dan bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa itu.

c) Mendengar Tanpa Tindak Balas
Mendengar tanpa tindak balas bermaksud pelajar-pelajar mendengar tetapi tidak membuat sebarang tindakan selepas itu. Hal ini berlaku kerana si pendengar tidak peka terhadap kata-kata yang diucapkan itu. Mungkin si pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan makna di antara kata-kata dalam ayat-ayat yang diucapkan menyebabkan mereka tiak memberi sebarang reaksi sama ada marah, sedih, simpati atau sebagainya.

d) Mendengar Secara Membuak-buak
Hal ini berlaku dikalangan pelajar bahasa pertama. Pelajar hanya menebuk-nebuk kata atau rangkai kata yang didengar dan mengambilnya untuk tujuan tertentu. Di peringkat ini, kemahiran mendengar pelajar yang menuturkan bahasa itu masih rendah.
Kemahiran mendengar secara menebuk ini juga berlaku di kelangan pelahar bahasa ibunda. Ini berlaku kerana mereka pasti yang mereka cukup berupaya memahami dan menggunakan bahasa sendiri, walhal darjah kefahaman mereka terhadap bahasa itu adalah pada peringkat yang masih lemah.

e) Mendengar Dengan Beremosi
Pada peringkat ini pendengar sudah mula mempunyai kemahiran dalam bahasa yang dituturkannya. Ini dikatakan begitu kerana pendengar dapat merasakan sesuatu hingga memberanngsangkan emosinya. Mereka sudah boleh mendengar, memaham dan bertindak terhadap ujaran tersebut.

f) Mendengar Secara Berhati-hati
Mendengar di peringkat ini memerlukan seseorang itu mendengar dengan teliti dan secara bersungguh-sungguh. Dia harus menumpukan pendengarannya terhadap kata demi kata, rangkai kata demi rangkai kata dan ayat demi ayat di dalam sesuatu percakapan itu. Tujuan mendengar dengan teliti setiap ujaran yang dilafazkan ituadalah untuk menentukan supaya setiap butir yang dituturkan itu dapat difahami dengan tepat dan betul.

g) Mendengar Secara kritikal
Mendengar secara kritikal biasanya berlaku setelah seseorang itu dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Pada peringkat ini kemahiran mendengar si pendengar itu telah mencapai tahap yang tinggi. Dia boleh menentukan kesahihan sesuatu fakta yang didengarnya.


h) Mendengar Dengan Pengamatan
Mendengar dengan pengamatan biasanya berlaku di kalangan pelajar yang sudah boleh berfikir secara kritikal. Mendengar cara ini akan lebih bermakna jika proses mendengar itu berdasarkan kepada pengalaman si pendengar. Ini bermakna si pendengar itu akan lebih mudah memahami sesuatu ujaran yang dilafazkan jika ujaran-ujaran itu ada pertalian dengan pengalamannya.

i) Mendengar Secara Kreatif
Kemahiran mendengar secara kreatif adalah kemahiran yang paling tinggi dan ia manjadi matlamat pengajaran bahasa lisan di peringkat mendengar. Pada peringkat ini, si pendengar akan menggunakan daya kreatifnya untuk mencipta sesuatu setelah ia dapat mendengar dengan baik sesuatu pertuturan. Ini bermakna ia dapat memahami ujaran-ujaran yang dikemukakan kepadanya dengan baik. Ia juga boleh membuat interpretasi, mengkritik dan membuat ulasan dan komen yang bernas dan jitu.


KEPENTINGAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Dalam pengajian motivasi dan pengurusan, semakin disedari terhadap kepentingan kemahiran mendengar.
Walaupun mereka yang sempurna sifat pancaindera mampu mendengar tetapi ia tidak bermakna semua orang dapat memahami apa yang didengar.
Dalam pengajian motivasi dan pengurusan, mendengar seperti juga bercakap adalah sebahagian daripada komunikasi. Maka komunikasi yang berkesan hanya berlaku apabila mutu percakapan ditingkatkan. Ini juga memerlukan peningkatan kemahiran mendengar.
Karya bertajuk Improving Someone’s Listening Skills
(Memperbaiki Kemahiran Mendengar Seseorang) terbitan firma perunding dari New Jersey, Amerika Syarikat telah menggariskan beberapa panduan untuk meningkatkan kemahiran mendengar.
Firma perunding itu, Caliper Publication turut mengkategorikan pendengar kepada tiga kumpulan iaitu Self Absorbed (tenggelam dalam diri sendiri), Unfocussed (tidak menumpukan perhatian) dan Rules-Driven (digerakkan oleh peraturan). Pendengaran merupakan satu bentuk komunikasi. Tanpa memahami apakah itu komunikasi, perbincangan selanjutnya akan menjadi kabur.
Komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Ia merupakan proses yang bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis dan sebagainya) dipindahkan menerusi alat atau saluran khas kepada penerima (pembaca, pendengar dan sebagainya).
Sebagai penerima, keberkesanan komunikasi bergantung kepada kemahiran mendengar. Manakala kemahiran mendengar pula seringkali dipengaruhi oleh faktor persekitaran, kebisingan dan sikap pendengar itu sendiri.
Sebelum difikirkan kaedah untuk meningkatkan kemahiran mendengar bagi golongan Self Absorbed, terlebih dahulu perlu diketahui ciri golongan ini iaitu sukar menerima pendapat orang lain dan lebih mementingkan pandangan sendiri.
Penyampai atau penutur mestilah memahami bahawa sesetengah pendengar mempunyai sifat ego yang tinggi dan mudah merasa kedudukannya terancam. Bagi mengatasinya, penyampai mestilah memiliki perasaan empati terhadap pendengar bagi kategori ini serta banyakkan menggunakan soalan-soalan yang bersifat terbuka, menggalakkan soal jawab dan memberikan mereka peluang untuk meluahkan pandangan.
Memiliki perasaan empati terhadap mereka boleh menarik minat golongan ini untuk meningkatkan pendengaran tentang apa yang diperkatakan oleh penyampai.
Kemahiran pendengaran golongan yang disifatkan sebagai Difficult People (orang sukar) ini boleh dibaiki jika penyampai sentiasa memberi perhatian kepada mereka, mewujudkan hubungan mesra di antara penyampai dan pendengar serta mencari ruang-ruang persamaan yang mungkin terdapat pada kedua-duanya.
Manakala golongan Unfocussed kadang-kadang tidak memahami apa-apa yang disampaikan oleh penutur. Ini mungkin kerana kurangnya perhatian yang diberikan oleh golongan ini kepada penyampai dan ini menyebabkan komunikasi berbentuk pendengaran tidak berkesan, lebih-lebih lagi jika dilibatkan terma-terma teknikal, penggunaan perkataan yang tidak tepat ataupun membuat kenyataan yang terlalu umum ketika penyampaian.
Adalah menjadi satu kewajipan pada penyampai untuk menyelidiki latar belakang audien dari segi umur, pengetahuan, pengalaman ataupun kelakuan mereka. Dalam hal ini, penyampai seharusnya memiliki kewibawaan seperti yang dinyatakan dalam teori Ableman iaitu kebijaksanaan, kelakuan dan ciri-ciri yang boleh diterima oleh pendengar.
Penyampai yang berwibawa akan dapat menyampaikan fakta dan pendapat dengan bukti-bukti yang diperolehi dari pihak berwibawa.
Penyampai yang berkeupayaan dan memiliki autoriti yang dapat diterima oleh pendengar akan menarik perhatian pendengar dan seterusnya pendengar akan memaparkan gelagat yang cenderung kepada meningkatnya pendengaran.
Golongan Rules-Driven mungkin lebih sukar untuk membuka mindanya pada pandangan yang di luar kebiasaan peraturan kehidupannya.
Kemungkinan pengaruh budaya telah membentuk mereka sedemikian rupa. Budaya ialah satu set nilai, ideologi dan kebiasaan yang mempengaruhi cara tindakan seseorang.
Kemahiran mendengar golongan ini boleh ditingkatkan jika penyampai dapat mendalami berbagai model yang menerangkan sistem nilai sesuatu budaya.
Di antara model-model yang terkenal ialah social value (nilai sosial), Jungian psychological (psikologi Jung), ideological (ideologi) dan social movement (pergerakan sosial).
Apa yang penting dalam pendekatan berkaitan dengan budaya ialah perlunya penyampai memahami tentang ciri-ciri demografi dan psikografi seperti jantina, bangsa, asal usul etnik, umur, fahaman agama, pekerjaan, pendidikan dan soal politik.
Berdasarkan kepada penjelasan dan huraian yang diberikan, ternyata betapa pentingnya kemahiran mendengar untuk dipertingkatkan kepada semua orang terutama dalam organisasi kerana ia boleh mengurangkan pembaziran masa mesyuarat, arahan kerja yang tidak jelas dan mengelakkan berlakunya kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.
Bahkan menurut Jonathan & Susan dalam Communicating priorities (keutamaan komunikasi) produktiviti boleh menjadi berganda sekiranya kemahiran mendengar dapat ditingkatkan.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

PENDAHULUAN

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.

Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.


FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

Setelah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat:
• mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
• bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
• membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
• menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
• menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
• memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
• menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
• menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
• menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
• memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan
• menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.


STRSTEGI PENGAJARAN DAN PENGAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.


PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.


PENYERAPAN

Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.


PENGAYAAN

Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.


PEMULIHAN

Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

PENILAIAN

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

BILIK DARJAH KOLABORATIF

Pendahuluan

Dewasa ini ramai orang bercakap berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Selalunya perubahan ini kebanyakannya dilihat sebagai penghalang kepada proses pengajaran pembelajaran guru dan pelajar di dalam bilik darjah. Perkara ini bukan hanya dibangkit oleh ibubapa pelajar akan tetapi mereka yang terlibat secara terus dan menyeluruh dalam bidang pendidikan.

Bagi sesetengah guru dan ibu bapa perubahan pengurusan bilik darjah boleh menyebabkan peranan guru menjadi kecil dan terjadinya satu aliran perubahan kuasa dari peranan guru mengawal situasi bilik darjah kepada pelajar yang membuat keputusan yang seolah – olahnya mutlak. Dalam pengurusan bilik darjah yang kolaboratif pelajar sebaliknya dibawa masuk ke dalam persekitaran yang sebenar dan pelbagai aktiviti – aktiviti yang betul – betul sesuai dengan perkembangan kognatif pelajar dipilih dan diolah serta digabungjalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru akan dilihat sebagai pemimpin yang bersedia bersama – sama pelajar dalam membentuk dan membantu pelajar belajar. Dalam cara bilik darjah yang tradisi pelajar hanya dapat mencapai objektif tertentu mengenai perkara yang dirancang sebelumnya , iaitu pelajar mendapat pengetahuan bukan berkaitan dengan masalah dunia sebenar.
Pembelajaran Kolaboratif

Kolaboratif berlaku di dalam kumpulan yang besar mahupun kumpulan terdiri dari empat atau lima orang pelajar. Pembelajaran koperatif pula menunjukkan kepada satu kelompok kecil pelajar yang bekerja dan memahami secara bersama. Jadi pembelajaran koperatif adalah satu bentuk kolaboratif , iaitu kelompok besar belajar bersama – sama bagi mencapai matlamat yang boleh dikongsi bersama (Johnson & Johnson, 1989).

Kajian jelas menunjukkan beberapa kebaikan pembelajaran koperatif mengatasi pembelajaran secara persendirian dan secara bertanding. Bilik darjah yang kolaboratif dapat meninggikan pencapaian kumpulan dan individu, lebih kepada metakognatif, tertumpukan kepada idea – idea baru dan pendekatan penyelesaian masalah yang sebenar di ketengahkan. Tambahan pula pelajar dalam bilik darjah yang diolah secara kolaboratif lebih bermotivasi dalaman , mempunyai sifat ingin tahu , ada perasaan mengambil berat orang lain , bertandig secara psaikologi yang sihat dan bekerja secara individu yang terarah. Sebagai contoh pertandingan hanya sesuai sekiranya ada hanya satu sahaja tempat yang berjaya , sebagaimana dengan pertandingan satu – satu acara sukan dan ikhtiar secara individu sesuai sekiranya matlamat perseorangan tidak mempengaruhi matlamat orang lain. Akan tetapi jika dilihat dalam konteks pengajaran pembelajaran , semua pelajar ingin memahami , ingin menyelesaikan sesuatu kerja yang diberikan , ingin meneroka , ingin memperbagaikan cara dan sebagainya selain daripada kemajuan perseorangan mengatasi individu lain dalam kelompok yang sama.

Tetapi kalau hanya dikelompokkan pelajar dalam kumpulan dan membiarkan tanpa terarah ini bukannya bilik darjah yang kolaboratif. Malahan ramai guru – guru dan pihak pentadbir sekolah gagal mewujudkan bilik darjah kolaboratif kerana mereka tidak faham bahawa perkara ini mesti dipelajari dan dipraktikkan selain dari hanya menjastifikasikan satu – satu keadaan.
Sifat Bilik Darjah Kolaboratif

Ada empat sifat – sifat umum iaitu dua perkara berkenaan dengan perubahan hubungan antara guru dan pelajar , yang ketiga berkaitan dengan pendekatan baru penyampaian guru dan yang keempat menyatakan kandungan bilik darjah kolaboratif.

a) Perkongsian ilmu pengetahuan pelajar dan guru
Dalam kelas tradisi, guru adalah sebagai pemberi maklumat yang mutlak di mana aliran maklumat bergerak satu arah sahaja iaitu dari guru ke pelajar dan sedikit daripada pelajar kepada pelajar yang lain. Guru dilihat mempunyai pengetahuan tentang kandungan matapelajaran , kemahiran dan pengajaran. Pelajar hanya menunggu sahaja arahan yang akan diberi oleh guru dari masa ke semasa. Pelajar yang memberi reaksi yang berbeza dianggap terus sebagai pengganggu di dalam bilik darjah ataupun pelajar yang tidak memahami arahan atau ingkar arahan.

Akan tetapi berlainan dengan guru kolaboratif , mereka juga menilai dan sentiasa membina ilmu pengetahuan , pengalaman personal , pembinaan bahasa komunikasi , strategi dan konsep pengajaran pembelajaran berteraskan teori yang sesuai , menggabung keadaan sosiobudaya yang pelajar ada semasa aktiviti dengan situasi pembelajaran.
Sebagai contohnya, bila guru mengajar tajuk matematik bentangan. Pelajar yang mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan konsep bentangan diberi diberi peluang menyatakan sesuatu pada sessi pengajaran dan berkongsi idea serta memberi takrifan kasar mengikut aras komunikasi pelajar. Tambahan lagi apabila pelajar tahu dan melihat pengalaman dan pengetahuannya dihargai dan dapat dikongsi bersama dalam jalinan pembelajaran mereka serta pembelajaran guru, mereka akan bermotivasi untuk melihat dan mendengar. Mereka juga dapat membuat satu perkaitan antara belajar dengan dunia sebenar dengan belajar dalam bilik darjah.

b) Perkongsian kuasa
Dalam bilik darjah kolaboratif , guru berkongsi kuasa autoriti dengan pelajar dalam beberapa keadan tertentu. Kebanyakan dalam bilik darjah tradisi guru bertanggungjawab menetapkan arah , memberi dan mengatur kerja , melihat perjalanan tugasan serta menilai apa yang diajar. Manakala dalam kolaboratif pula memberi peluang pelajar memahami apa yang telah diajar dalam ruang lingkup yang ditetapkan oleh objektif guru di mana guru menyediakan tugasan yang memberatkan kepada arah dan kegemaran pelajar dan menggalakkan pelajar menilai apa yang diajar. Menggalakkan pelajar mengembeling pengalaman mereka sendiri , memastikan pelajar berkongsi strategi dan pengetahuan , menghormati pelajar lain menyokong menggalakkan idea – idea yang bernas , terlibat dalam pemikiran kreatif dan kritis serta memupuk dan menggalak pelajar ambil bahagian secara terbuka dan bermakna.
Katakan dalam matapelajaran sejarah , tajuk yang diajar adalah pemerintahan british di Tanah Melayu. Bagi guru yang memiliki fahaman bilik darjah tradisi sudah tentu mengarahkan pelajarnya menyiapkan esei berkenaan dengan tajuk tersebut. Akan tetapi guru yang memegang prinsip bilik darjah kolaboratif akan memastikan dahulu produk apakah pelajar hendak hasilkan. Antara aktiviti yang akan dihasilkan ialah gambar – gambar berkaitan dengan masa penjajahan british , melakukan sedikit penyelidikan dari sumber original yang lain yang menyokong buku teks rujukan dan mungkin menulis secara kronologi perkara – perkara penting yang berlaku ketika itu.

c) Guru Sebagai Pengantara (mediator)
Peranan guru di bilik darjah sebagai pengantara di mana ia menolong menghubung pengetahuan baru dengan pengalaman sedia ada serta membantu pelajar bila pelajar buntu dan bersedia menunjukcara bagaimana hendak belajar.

d) Kumpulan Pelajar Yang Heterogenus
Perkembangan pengalaman pelajar adalah penting bagi mengkayakan lagi pembelajaran di bilik darjah. Dalam bilik darjah yang kolaboratif pelajar bebas belajar secara kebolehan mereka , tidak disekat daripada membuat sumbangan dan mendengar atau membahas sumbangan pelajar lain bagi membuka pintu maklumat.

Satu sifat bilik darjah kolaboratif ialah pelajar tidak diasingkan mengikut keupayaan , pencapaian , kegemaran dan apa – apa penilaian yang lain. Pengasingan pelajar yang bercirikan perlombaan individu dilihat akan melemahkan dan menghakiskan semangat bekerjasama dan menyekat peluang pelajar belajar melalui berinteraksi secara bermakna dan berkesan. Pelajar yang lemah tidak ada peluang untuk belajar daripada pelajar yang berkebolehan dan sebaliknya.
Guru yang mengajar mengajar di bilik darjah yang diolah secara kolaboratif dapat melihat perkembangan pembelajara pelajar mereka yang lemah dengan jelas dan terarah.

Perbandingan Bilik Darjah Kolaboratif dengan Bilik Darjah Tradisional
Secara perbandingannya ialah seperti di bawah : -


















Peranan Guru Dalam Bilik Darjah Kolaboratif

Seperti yang telah dibincangkan guru bertindak sebagai perantara ( mediator ) dalam aktiviti dan proses pembelajaran melalui perbincangan ( sumbangsaran ) dan perlakuan kolaboratif dalam bilik darjah. Renven Fenerstein dan Lev Vygotsky mentakrifkan pengantara (mediator) sebagai pemudahcara , model dan jurulatih. Semua guru terlibat dengan aktiviti begini dan apa yang lebih penting di sini ialah perlakuan pergerakan pengajaran dan bilik darjah diuruskan secara kolaboratif mempunyai tujuan dan ke arah konteks kolaboratif.

a) Fasilitator ( pemudah cara )
Memudahcara dalam perkara – perkara terlibat dalam mewujudkan persekitaran yang aktif dan kaya dengan idea baru , memberi ruang kepada bekerja secara kolaboratif dengan penyelesaian masalah , dan menyediakan pelbagai tugasan bermakna kepada masa depan pelajar.

b) Susun Atur Bilik Darjah
Bilik darjah dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan. Dalam bilik darjah ditempatkan ruangan jurnal , majalah , buku – buku rujukan , surat khabar dan berbagai media lain di mana pelajar boleh mengakses sebagai penghubung idea. Pelajar mampu menjalankan aktivit atau projek dengan berpusatkan objek semasa bagi menjalankan eksperimen dan kepelbagaian konjektur yang boleh diselesaikan dalam alam sebenar mereka.

c) Tugas Pelajar
Guru juga menyusun atur pelajar dalam bilik darjah dan mereka ini diberi tugas dan tanggungjawab masing – masing. Suasana kebergantungan ini dilihat bergerak seacara aktif dan bukan pasif demi keharmonian dan keberkesanan , kelancaran proses pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam suasana yang lain guru juga boleh melibatkan pelajar dengan pelajar yang lain ( kumpulan rakan sebaya , badan disiplin ) pelajar dengan guru – guru yang lain (guru penasihat , mento – mente , guru matapelajaran ) dan Ibubapa dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru – guru Sekolah ( PIBG ) serta lain – lain pertubuhan tempatan.

d) Perlakuan dalam bilik darjah
Guru juga dapat melihat beberapa kepelbagaian susunan sosial yang boleh menyumbang kepada perlakuan pelajar dalam bilik darjah yang memudahkan lagi komunikasi dan kerjasama antara pelajar di dalam bilik darjah. Dalam keadaan ini guru seolah – olah menetapkan satu iklim bilik darjah yang perlu dipatuhi bersama. Seperti bertanya untuk penjelasan , beri peluang kepada semua menyumbang idea , menghargai pendapat yang berbeza dan termasuk juga membuat bantahan dan menolak idea bukannya individu.

e) Tugasan oleh guru
Tugasan yang guru berikan mestilah menggalakkan berbagai arah jawapan. Tugasan yang menjuruskan penilaian aras tinggi seperti membuat keputusan dan selesaian masalah. Tugasan sebegini menggalakkan pelajar mengaitkan kepada keadaan yang sebenar , peristiwa , situasi yang dapat dilihat dan dirasai oleh pelajar melalui berbagai pentafsiran dan pengalaman sendiri. Pelajar lebih yakin dalam masa yang sama dilatih suka akan cabaran.
Konflik dan Cabaran

Beberapa isu akan timbul apabila pihak sekolah dan guru memilih pembelajaran secara kolaboratif. Di antaranya ialah :-

a) Kawalan Bilik Darjah
Keadaan bilik darjah akan bising berbanding dengan kaedah yang biasa. Dengan kata lain ia akan mengambarkan kelemahan kawalan guru serta disiplin yang longgar, pelajar pula tidak dilihat belajar dengan betul. Mereka yang membantah lupa bahawa pelajar perlu diberi peluang untuk bergerak ( kinestatik ) , bercakap ( verbal ) , Tanya soalan ( penerokaan ) , meninjau ( auditori ) dan sebagainya. Keadaan bising semasa pengajaran pembelajaran berjalan boleh diertikan dan menandakan pembelajaran secara aktif sedang berlaku namun begitu pelajar perlu diberitahu had – had perlakuan dari pembelajaran bermula.

b) Masa
Guru dan juga penatadbir sekolah menganggapkan rancangan pengajaran yang baru perlu dibuat bagi memenuhi matlamat yang baru. Dalam keadaan yang tertentu telahan mereka adalah betul. Akan tetapi hendaklah diingat bahawa guru – guru telahpun sedia ada rancangan aktiviti yang lepas dan boleh digunakan di dalam situasi yang baru. Guru juga perlu ke arah kolaboratif sesama mereka jika hendak lihat teori pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga perlu berkongsi idea sesama mereka dapat menghasilkan satu pengajaran yang berkesan. Sekiranya keadaan bilik darjah secara kolaboratif berlaku dengan sempurna guru dapat melihat perubahan pada motivasi pelajar , menyemak buku , kurang masalah disiplin dan kehadiran.

c) Perbezaan Antara individu
Pelajar dikumpulkan dalam kumpulan kepintaran yang berbeza. Ini berlainan dengan perjalanan bilik darjah biasa di mana pelajar dikategorikan secara homogenus. Ramai orang bertanya tentang kelebihan cara ini. Ada dua isu utama di sini, pertama pencapaian boleh menyumbang kepada situasi perbelajaran yang berkesan dan yang keduanya bilik darjah hanya dihidupkan oleh pelajar yang pintar sahaja.
Dari pemerhatian gurumendapati yang lemah boleh bersiang dengan yang lain di luar jangkaan guru sebelum ini. Manakala pelajar apintar mendapat kelebihan hasil dari kepelbagaian pengalaman ( interpersonal ) dan juga dari membimbing rakan sebaya ( intrapersonal ).

Penutup

Akhirnya ditegaskan di sini dalam bilik darjah kolaboratif pelajar tidak lagi sebagai pendengar dan pemerhati yang pasif tetapi penyelesai masalah yang aktif kerana pelajar perlu berbincang , pelajar perlu bersedia awal. Fokus pembelajaran akan berganjak dari bertanding ke arah saling keberkaitan , saling kebergantungan dan saling bekerjasama. Pelajar juga diberi kuasa mengatakan sesuatu pendapat dipandukan kepada hipotesis dan konjektur yang diperolehi daripada kerangka minda mereka sendiri.


Rujukan :

Bennett, B., Rolheiser-Bennett, C., & Steven, L. (1991). Cooperative learning: Where heart meets mind. Minnesota: Interaction Book Company.
Johnson, D.W., & Johnson,F.P. (1991). Joining together, Massachussetts: Allyn and Bacon.
Johnson, D.W., & Johnson, R.T., & Holubec, E.J.(1990). Circles of learning: Cooperative in the classroom. Minnesota: Interaction Book Company.
Johnson, D.W., Maruyama, G., Johnson, R., Nelson, D., & Skon, L. (1981). Effects of cooperative, competitive , and individualistic goal structures on achievement: A meta-analysis. Psychological Bulletin, 89, 47-62.

Sunday, May 17, 2009

Komunikasi Di Khalayak

KOMUNIKASI DI KHALAYAK


Kandungan:

• Takrif
• Komunikasi Khalayak
• Komunikasi Positif
• Etika Komunikasi
• Halangan Komunikasi
• Keberkesanan Komunikasi
• Komunikasi Mesra
• Peringkat Komunikasi
• Komunikasi Interpersonal
• Komunikasi Intrapersonal



Takrif:

“Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat”.
(Sillars, 1998)






Matlamat Komunikasi


• Menjalin Hubungan - mengambil berat tentang diri orang lain, menjaga keselamatannya dan membuatkan orang lain berasa dihargai.
• Rangsangan – mental, fizikal dan emosi.
• Estim diri – rasa dihargai dan diperlukan.
• Perkongsian.
• Saling memahami.
• Mempengaruhi









Sebab-sebab manusia berkomunikasi:

• Keperluan kesihatan fizikal dan mental.
• Keperluan identiti.
• Keperluan sosial
• Keperluan untuk mencapai matlamat


i. Keperluan Kesihatan Fizikal & Mental

• Kajian membuktikan orang yang tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan fizikal dan mental:

a. Menghadapi risiko koronari atau serangan sakit jantung lebih tinggi berbanding dengan orang yang sering berkomunikasi.

b. Orang yang terpinggir daripada orang ramai empat kali lebih mudah dihinggapi selesema berbanding mereka yang aktif.

c. Orang yang tidak suka berkomunikasi dua tiga kali lebih pendek usianya berbanding dengan orang yang terlibat dalam hubungan sosial seperti perkahwinan, persahabatan, keagamaan, dan sebagainya.

d. Lelaki dan perempuan yang bercerai mudah diserang penyakit jantung, barah, tekanan darah tinggi, tibi dan membunuh diri berbanding dengan mereka yang kekal sebagai suami isteri.

e. Orang yang kehilangan seseorang yang rapat dengannya kerana kematian, juga menghadapi risiko mati awal jika dia memilih untuk tidak berkomunikasi dengan orang lain.


f. Dari segi mental, seseoarang boleh mengalami halusinasi (khayalan sedang berinteraksi dengan seseorang) jika dia terpencil seorang diri.

(Adler, Rosenfeld &Towne, 1999)



ii. Keperluan Identiti

• Untuk mengetahui siapa diri kita sebenarnya:

- sama ada kita pandai atau bodoh, cantik atau hodoh, mahir atau tidak, dan sebagainya.
- bagi mengesahkan identiti dan menentukan konsep kendiri seseorang.



iii. Keperluan Sosial

• Kita perlukan kasih sayang, keseronokan, perasaan dipunyai, riadah, kawalan, dan sebagainya.
• Bagi memenuhi keperluan hidup yang lain.





iv. Keperluan Untuk Mencapai Matlamat

• Membolehkan kita memujuk atau mempengaruhi seseorang terutama yang menggunakan kaedah komunikasi antara perseorangan.
• Menurut kajian, kemahiran berkomunikasi adalah faktor penting untuk seseorang mendapatkan pekerjaan, peningkatan gaji dan kenaikan pangkat.




Cuba anda bayangkan:


Situasi 1

• Anda tersesat dan tinggal seorang diri di dalam hutan untuk beberapa tahun kerana tidak dapat mencari jalan keluar. Bagaimana agaknya kehidupan anda bersendirian beberapa tahun di dalam hutan tanpa seorang insan untuk berkomunikasi? Dan bila anda telah menemui jalan keluar dan menemui semula keluarga anda, bagaimana pula agaknya perlakuan komunikasi dan perasaan anda ketika itu?




Situasi 2:

Anda tidak dibenarkan bercakap dengan sesiapa pun pada minggu ini. Agaknya berapa lama anda boleh berbuat demikian? Satu jam, satu hari atau satu minggu? Apakah perasaan anda semasa tidak dapat berkomunikasi dengan sesiapa dalam jangkamasa tersebut?


Aktiviti:

• Buat pertembungan mata dengan rakan di sebelah anda tanpa berkata apa-apa selama 20 saat. Kemudian tanyalah kepadanya mengenai persepsinya terhadap diri anda mengenai perlakuan tersebut. Adakah perlakuan anda itu sejenis komunikasi?


KOMUNIKASI DI KHALAYAK

• Maksud khalayak: - penerima utusan / maklumat yang disampaikan.

• 2 kategori khalayak:
i. Khalayak umum – mereka yang menjadi sasaran umum sesuatu komunikasi.
ii. Khalayak khusus – mereka yang disatukan oleh minat dan orientasi yang sama


KOMUNIKASI 2 HALA

• Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
i. Sebelum berucap pastikan khalayak sudah bersedia.
ii. Komunikator sentiasa menganalisis khalayak semasa berucap.
iii. Jika perlu, sesuaikan atau ubah gaya penyampaian.
iv. Komunikator perlu peka kepada tindak balas khalayak.
v. Pendengar bukan sekadar penerima malah seorang pekongsi yang aktif.



MATLAMAT KOMUNIKASI DI KHALAYAK

i. Bertanggungjawab memberi pemahaman kepada khalayak.
ii. Bertindak balas terhadap maklum balas khalayak.
iii. Bertukar-tukar fikiran dengan khalayak.
iv. Memenuhi kehendak khalayak.



ANALISIS KHALAYAK

Pastikan orang yang akan hadir
Kumpul data tentang khalayak:
i. Bilangan
ii. Jantina
iii. Taraf pendidikan
iv. Peranan mereka

Fahami kehendak khalayak
Rancang ucapan dengan teliti

• Dicapai apabila kita suka kepada seseorang – lebih banyak memuji dan berasa seronok. Faktor-faktor yang menyebabkan kita suka seseorang:
i. Menyangka orang lain tertarik dan suka kepada kita.
ii. Kita memang tertarik kepadanya.
iii. Ada kaitan dengan estim diri.
iv. Merasakan diri kita dihargai.


Panduan membuatkan orang suka kepada kita:

i. Suka menolong orang.
ii. Jujur, ikhlas dan berhati baik.
iii. Pandai mendengar.
iv. Menjadi seseorang yang menarik minatnya.
v. Berbual dengan gaya positif dan kooperatif.
vi. Jangan bangga diri / merujuk diri.
vii. Hargai pandangan / ideanya.
viii. Jangan suka salahkan orang lain / elakkan perkara-perkara yang negatif.
ix. Pamerkan diri kita yang aktif.
x. Hidupkan suasana komunikasi



Salah satu kemahiran komunikasi bernilai tinggi ialah kemahiran mengucapkan kata-kata yang ingin didengar oleh seseorang:

i. Mengesahkan secara terus terang – paling penting dan paling digemari. Contohnya:
 “Saya setuju dengan pendapat kamu.”
 “Saya sokong alasan dan hujah kamu.”
 “Saya pun sependapat dengan kamu.”
 “Kalau begitu cadangan kamu, saya terima.”


ii. Mengucapkan perasaan positif - antara jawapan yang sangat digemari orang. Contoh:

 “Saya tumpang seronok dengan berita kamu berjaya.”
 “Baguslah, sekarang baru kita berasa puas.”
 “Idea kamu sangat istimewa. Saya belum pernah mendengarnya daripada orang lain.”
 “Leganya hati saya bila kamu kata begitu.”
 “Saya juga turut bangga dengan pencapaian kamu.”

*AWAS – JANGAN keterlaluan!


iii. Meminta penjelasan lanjut – antara bukti yang menunjukkan kita berminat dengan apa yang diperkatakan. Contoh:

 “Cuba terangkan lagi apa maksud kamu?”
 “Boleh jelaskan apa maksud kamu itu?”
 “Apa lagi faedah idea kamu itu?”
 “Berapa kosnya?”


iv. Bersetuju dengannya.
Jangan berdiam diri jika kita bersetuju kerana keadaan seperti ini tidak digemari ramai. Berikan respon anda.
Contoh:

 “Saya setuju dengan kamu. Idea itu memang baik.”
 “Saya sokong pendapat kamu.”
 “Betul kata kamu tu.”
 “Saya boleh terima pandangan kamu.”


v. Tunjukkan sikap empati.

Ada kalanya orang mahu bercakap-cakap bukan kerana ingin memberi idea / cadangan, sebaliknya cuma ingin mencari ketenangan jiwa, hiburan dan sokongan. Berikan respon anda, contoh:
“Saya dapat rasakan beratnya beban yang kamu tanggung.”
“Saya faham kenapa kamu ambil langkah itu.”
“Memang patut kamu berasa begitu.”
“Siapa pun kalau terkena macam kamu, tentu dia buat apa yang kamu buat.”
“Sekarang saya baru faham kedudukan kamu dalam perkara ini.”

• Dengan menggunakan bahasa empati tadi, kita dapat membuat orang lain berasa:
Jiwanya berasa sihat, segar dan nyaman, seolah-olah baru hidup semula.
Dia berasa dirinya diberi kepercayaan penuh.
Batinnya rasa tenang dan tenteram.
Dia berasa yakin kepada diri sendiri.
Dia berasa dia seorang yang istimewa.
Dia berasa selamat dan serba selesa menjadi dirinya sendiri.
Dia berasa seronok dan suka dengan kehadiran kita.
Dia berasa kita memahami diri, fikiran dan perasaannya.
Dia berasa dunia ini terbentang luas untuk mereka berdua.



Penyampai Mesej Secara Efektif

i. Mesej yang boleh difahami
ii. Penyampai yang boleh dipercayai
iii. Tindakbalas yang optimum



Aspek-aspek Utama Kemahiran Menyampai

i. Pendedahan kendiri
ii. Meningkatkan penyampaian mesej
iii. Faktor-faktor menggalakkan perhubungan komunikasi.
iv. Prinsip-prinsip penyampai dalam komunikasi.


Etika Komunikasi

• Etika / adab berkomunikasi penting dijaga agar kita dihormati, dipercayai dan selesa didampingi.

1. Bersikap jujur – gunakan kata ‘saya’, contoh: ‘Saya tersinggung.’
2. Jangan menuduh – elakkan menggunakan kata ‘awak’, contoh: ‘Kata-kata awak menyinggung perasaan saya.’
3. Jaga nilai bersama – jangan pentingkan diri.
4. Maklumat tepat.
5. Jangan mengganggu / menyampuk
6. Bersikap positif.



Komunikasi Pelajar – Etika dan Personaliti

• Komunikasi bersemuka perlu dilaksanakan secara beretika.
• Etika juga dikenali sebagai falsafah moral, satu disiplin bersangkutan dengan nilai baik dan jahat, betul atau salah.
• Semua pihak perlu mematuhi etika yang telah digariskan.

• Kepatuhan terhadap etika bagi memupuk dan membina diri pelajar menjadi manusia berilmu.


10 perkara berkaitan etika yang perlu dipatuhi oleh pelajar:


i. Sentiasa patuh arahan pensyarah / guru.
ii. Ikhlas dan jujur menyiapkan tugasan.
iii. Elak diri daripada memfitnah atau berdendam.
iv. Hormati pensyarah / guru.
v. Berkerjasama dengan rakan-rakan.
vi. Kikis sikap benci dan irihati terhadap orang lain.
vii. Hormati hak pensyarah / guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
viii. Terima teguran dan baiki kelemahan.
ix. Jadikan tugasan sesuatu yang menyeronokkan.
x. Anggap menuntut ilmu suatu ibadah.



Personaliti:


i. Sebagai pelajar, perlu pamerkan personaliti baik sepanjang pengajian (di dalam atau luar kampus).
ii. Personaliti melibatkan aspek pemikiran, perwatakan, perasaan dan tingkahlaku.
iii. Masyarakat dapat menilai seseorang menerusi personaliti yang dimiliki.




10 perkara berkaitan personaliti

i. Pelajar (l / p) berpakaian kemas.

ii. Pelajar lelaki berambut pendek.

iii. Pelajar perempuan (Islam) bertudung / menutup aurat.

iv. Pelajar (l / p) tidak boleh memakai baju T dan berseluar jean ke bilik kuliah.

v. Pelajar perempuan berpakaian sopan.

vi. Elakkan daripada memakai selipar / capal ke kuliah.

vii. Pelajar perempuan dilarang memakai barangan kemas ke kuliah.

viii. Pelajar perempuan tidak boleh memakai pakaian menyerupai lelaki.

ix. Elakkan percampuan lelaki – perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.

x. Elakkan pelajar lelaki – perempuan duduk berdekatan di bilik kuliah.


10 perkara sewaktu berkomunikasi

i. Menegur secara formal dengan kata sapaan yang sesuai.

ii. Bahasakan diri sebagai ‘saya’ bukannya ‘aku’. Jangan sebut kamu atau engkau kepada pensyarah / guru / kakitangan am.

iii. Elakkan diri daripada begitu mesra dengan pensyarah di khalayak.

iv. Elakkan daripada bergurau berlebihan dengan pensyarah.

v. Elakkan meminta pertolongan kecuali urusan akademik.

vi. Jangan memberi apa-apa hadiah atau sebagainya yang boleh menerbitkan implikasi kepada kedua-dua belah pihak.

vii. Jangan menganggap pensyarah sebagai rakan rapat dan boleh sewenang-wenangnya berjumpa dan berbual-bual di pejabatnya.

viii. Pelajar tidak boleh masuk premis pejabat sewenang-wenangnya.
ix. Elakkan daripada duduk di tempat pensyarah atau mencari sesuatu di meja sewaktu ketiadaannya.





Halangan Dalam Komunikasi

i. Tiada maklum balas.
ii. Salah faham atau prasangka.
iii. Masalah semantik.
iv. Keadaan persekitaran.
v. Sikap peribadi yang negatif.
vi. Tidak faham budaya orang lain.
vii. Perbezaan status.
viii. Kurang tumpuan.
ix. Gangguan emosi



Keberkesanan Komunikasi

i. Kandungan
ii. Kejelasan
iii. Konteks Sosial:
- komunikasi secara terbuka
- status yang seimbang
- secara musyawarah / muafakat
iv. Mendapat kepercayaan
v. Kaedah penyampaian
vi. Kesinambungan
vii. Keupayaan pendengar





Amalan Komunikasi Positif Dengan Pelajar

• Bersikap positif dan percaya terhadap pelajar.

• Bersikap ramah dan mesra.

• Hormati pendapat/pandangan pelajar.

• Ketahui latar belakang pelajar.

• Pendengar yang aktif.

• Tunjuk mimik muka berseri.

• Guna bahasa yang mudah difahami.

• Arahan yang jelas dan jitu.

• Bersemangat tinggi dalam penyampaian.

• Galakkan pelajar memberi idea/pandangan.

• Guna nama pelajar ketika berinteraksi.

• Guna gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan.

• Kaitkan pelajaran baru dengan yang sudah diketahui pelajar.


Fikirkan


Anak Belajar dari Kehidupannya

Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan,
dia belajar berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan cemuhan,
dia belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan,
dia belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
dia belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
dia belajar percaya diri.
Jika anak dibesarkan dengan pujian,
dia belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang amat baik,
dia belajar keadilan.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,
dia belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dokongan,
dia belajar menyayangi dirinya.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,
dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan




Komunikasi Mesra

• Ciri-ciri Komunikasi Mesra:

1. Kawal perilaku dan tunjukkan kesopanan dan kehalusan budi.
2. Guna perkataan yang tepat dan ringkas, suara yang lembut, tetapi jelas.
3. Kawal mimik muka dan pergerakan diri.
4. Sedia berkhidmat dan memberi kerjasama.
5. Cuba fahami masalah orang ramai dan beri pertolongan yang perlu.
6. Insaf dengan tugas dan tanggungjawab.


Cara berkomunikasi di kaunter

• Sentiasa sedia terima atau bantu pelanggan.
• Jadikan tetamu/pelanggan mesra dengan anda.
• Jadikan mereka berasa diutamakan.
• Pelajari bahasa/loghat mereka.
• Cuba fahami keadaan / masalah mereka.
• Beri peluang tetamu / pelanggan menceritakan masalah / aduan.
• Berkata-kata dengan hormat.
• Jangan terlalu banyak bertanya.
• Diri sentiasa kemas
• Bersikap jujur.


Komunikasi Interpersonal

• Takrif:

“Komunikasi interpersonal ialah komunikasi kemanusiaan yang berlaku apabila seseorang berinteraksi secara serentak dengan orang lain dan saling mempengaruhi dengan tujuan untuk mengendalikan hubungan.”
(Beebe, Beebe & Redmond: 1999)

 berinteraksi serentak – kedua-dua komunikator bertindak ke atas maklumat yang sama pada masa yang sama.
 Saling mempengaruhi – kedua-dua komunikator menerima kesan daripada interaksi itu.

“Komunikasi interpersonal ialah suatu proses transaksi yang berterusan, melibatkan komunikator-komunikator daripada persekitaran yang sama ataupun berbeza dan mewujudkan hubungan melalui pertukaran mesej yang kebanyakannya dipengaruhi oleh gangguan atau halangan luaran, fisiologi dan psikologi.”
(Adler, Rosenfeld dan Towne,1999


Prinsip Asas Komunikasi Interpersonal


i. Kita tidak dapat mengelak daripada berkomunikasi.
ii. Komunikasi interpersonal tidak boleh ditarik balik.
iii. Komunikasi interpersonal sangat rumit. Ia melibatkan banyak persepsi / tanggapan.

Contoh:

persepsi kita tentang diri kita.
persepsi kita tentang diri orang itu.
persepsi kita terhadap persepsi orang itu tentang diri kita.
persepsi orang itu tentang dirinya.
persepsi orang itu tentang diri kita.
persepsi orang itu tentang persepsi kita terhdap dirinya.

* Oleh sebab banyak simbol dan mesej yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud, akibatnya timbul salah faham / konflik.


iv. Komunikasi interpersonal bersifat kontekstual.

Terdapat beberapa konteks yang terlibat:

 Konteks psikologi – melibatkan keinginan, keperluan, nilai, personaliti, konsep kendiri dan nilai kendiri pada kedua-dua komunikator.

 Konteks hubungan – melibatkan tahap kepercayaan, kuasa, kawalan, tahap pendedahan kendiri dan pengalaman diri masing-masing dalam hubungan mereka.

 Konteks situasi – melibatkan persekitaran fizikal tempat kedua-dua komunikator sedang berkomunikasi.

 Konteks budaya – melibatkan unsur-unsur budaya yang mempengaruhi interaksi mereka.


v. Komunikasi interpersonal tidak boleh diulang semula. Ia bersifat sementara dan sentiasa berubah.





Konsep Yang Salah Mengenai Komunikasi

• Kata-kata tidak semestinya membawa makna yang sebenar , terutama yang melibatkan penggunaan kata-kata kiasan.

• Lebih banyak berkomunikasi tidak selalunya lebih baik.


“Berdiam diri itu adalah satu kebijaksanaan tetapi tidak ramai orang mengetahuinya.”
(Maksud hadis)


• Komunikasi tidak boleh menyelesaikan semua masalah.

• Komunikasi tidak selalunya boleh mempengaruhi orang lain. Perlu ambil kira faktor-faktor lain seperti emosi, kesihatan, budaya, dan sebagainya.

• Komunikasi bukanlah suatu kebolehan semulajadi. Ia memerlukan masa dan latihan.





Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Interpersonal

• Kemahiran komunikasi interpersonal didapati melalui kefahaman, latihan dan pengalaman kerana ia melibatkan dua orang manusia yang mempunyai pelbagai perlakuan yang dipengaruhi oleh faktor-faktor psikologi, sosiologi dan budaya.

• Manusia juga mempunyai pengalaman hidup yang berbeza menyebabkan perlakuan komunikasi mereka juga berbeza.


• PERSOALANNYA: BAGAIMANA MENJADI SEORANG YANG MAHIR BERKOMUNIKASI?


Seseorang komunikator itu harus sedar bahawa:

 Tiada suatu cara komunikasi yang ideal dalam komunikasi interpersonal. Oleh sebab itu kita memerlukan pelbagai gaya untuk menjadi komunikator yang berkesan, contohnya: gaya terbuka, tegas, lucu, pendiam dan sebagainya bergantung kepada situasi.

 Kemahiran komunikasi bergantung kepada situasi. Pengalaman manusia yang berbeza-beza, emosi yang berubah-ubah dan budaya yang unik perlu diambil kira.

• Kemahiran komunikasi adalah berbeza dalam hubungan yang berbeza. Misalnya, orang-orang yang cemburu didapati mempamerkan pelbagai gaya komunikasi kepada pasangan seperti marah, mengurangkan perbualan, dan sebagainya.


Ciri-ciri Komunikator yang mahir


Menurut Adler dan Towne (1999), komunikator yang mahir mempunyai ciri-ciri berikut:

i. Mempunyai pelbagai perlakuan komunikasi dan tahu memilih dan menyesuaikannya menurut keadaan. Contoh: jika anda diejek oleh rakan, apa respon anda?

ii. Tahu memilih perlakuan komunikasi paling sesuai dengan konteks atau situasi (ambil kira konteks situasi, matlamat interaksi dan maklumat diri orang yang terlibat dalam interaksi.

iii. Mahir mengaplikasi kemahiran komunikasi. Kemahiran diperoleh melalui pengetahuan, latihan dan pengalaman yang lama.

iv. Kebolehan kognitif yang luas – contoh: dapat melihat sesuatu isu dalam pelbagai perspektif atau merasi apa yang orang lain rasa / empati.

v. Pemantauan diri. Contohnya: menanyakan soalan-soalan pada diri untuk melihat kewajaran komunikasi sebelum interaksi berlaku.

vi. Perlu ada komitmen atau sifat prihatin terhadap orang lain.



Jenis-jenis Konsep Kendiri

• 3 jenis konsep kendiri:
i. Diri lahiriah (material self)
ii. Diri sosial (sosial self)
iii. Diri batiniah (spiritual self)

• Diri lahiriah meliputi segala benda dan jasad yang kita miliki.

• Diri sosial adalah segala bahagian diri kita yang berinteraksi dengan orang lain.

• Diri batiniah melibatkan pemikiran dalaman dan pendirian kita


Nilai Kendiri

• Ada kaitan dengan konsep kendiri. Jika konsep kendiri menghurai siapa kita, nilai kendiri pula menilai diri kita.

• Menurut Berne (1964), ada 4 posisi dalam kehidupan seseorang ketika menilai dirinya dan diri orang lain:

i. Saya ok, anda ok. (kita positif terhadap diri sendiri dan orang lain).
ii. Saya ok, anda tak ok.
iii. Saya tak ok, anda ok.
iv. Saya tak ok, anda tak ok.


Menurut Norton (1983), terdapat 9 gaya berkomunikasi:

1. Dominan. Apabila kita mempunyai konsep kendiri ingin menguasai, kita menggunakan gaya dominan seperti bercakap banyak, garang dan mengawal perbualan.

2. Dramatik. Kita suka bercerita atau berjenaka, selalu membesar-besarkan cerita, selalu berlakon semasa berbual.

3. Berdebat. Apabila berinteraksi, kita selalu bertengkar, bercanggah pendapat, sentiasa mahukan bukti, sukar untuk mengalah.

4. Animasi. Banyak menggunakan ekspresi muka dan gerakan tangan ketika bercakap.

5. Meninggalkan impresi/kesan. Menggunakan kata-kata yang mudah diingati dan dituturkan dengan lembut dan penuh sopan.

6. Tenang. Bercakap dengan penuh sabar sekalipun dalam keadaan tertekan. Tidak mudah dipengaruhi oleh suasana.

7. Mengambil perhatian. Semasa berinteraksi, kita turut mencerap dengan aktif dan membuat pertembungan mata.

8. Terbuka. Mudah menunjukkan ekspresi emosi dan boleh berkongsi maklumat dengan orang lain. Jujur dalam berinteraksi.

9. Peramah. Selalu memuji, memberi galakan dan sokongan.

• Wilson Learning Corporation mengklasifikasikan gaya-gaya komunikasi dengan melihat sejauh mana kita mempamerkan perlakuan responsif dan tegas.
• Responsif merujuk kepada usaha kita mementingkan perasaan orang lain.

• Ketegasan merujuk kepada usaha kita untuk mengawal orang lain seperti mengubah perlakuan atau menyuruh mereka melakukan sesuatu.









Perlakuan Responsif
Perlakuan Tegas (Assertive)
Task-responsive
People-responsive Tell-assertive Ask-assertive
Tak banyak cakap, kurang respons, mahukan fakta dan mendalam (detail), mata serius, pergerakan badan dan tangan terhad, pendedahan kepada perasaan peribadi, bercerita atau berbual adalah terhad, selalu sibuk dan pemerhati yang baik. Animated (merangsang), menggunakan ekspresi muka, terbuka dan bersemangat, kurang usaha dalam memberikan fakta, peramah, banyak pergerakan badan, boleh berkongsi perasaan, memberi perhatian dan responsif, menyanjungi hubungan. Suara tinggi dan rendah semasa menekan idea. Cepat dan jelas. Genggam salam yang kuat. Lebih banyak membuat pernyataan daripada bertanya. Memastikan orang lain tahu apa yang dia kehendaki.
Kurang guna suara untuk menerangkan idea. Bercakap perlahan. Salam tangan serupa sahaja. Selalu bertanya tapi kurang membuat pernyataan. Kabur dengan apa yang dikehendaki olehnya. Selalu menarik diri (ke belakang atau tidak berminat)


Teknik Memperbaiki Nilai Kendiri

1. Melatih diri dalam komunikasi intrapersonal (dalam diri). Wajar mengatakan sesuatu yang realistik dan positif kepada diri sendiri.

2. Melakukan penggambaran diri / visualization. Kita perlu membayangkan cara-cara berinteraksi dengan orang lain. Latih bercakap depan cermin.

3. Elakkan daripada membandingkan dengan mereka yang lebih berjaya. Yakini dri sendiri.

4. Rangka semula peristiwa dan pengalaman daripada pelbagai sudut pandangan dan menilainya menurut kaca mata orang lain.

5. Membentuk hubungan yang ikhlas.

6. Melupakan perkara/peristiwa lepas, terutamanya perkara buruk. Lebih baik ambil iktibar / pengajaran daripada peristiwa yang dilalui.

7. Dapatkan bantuan profesional bagi membaiki imej kendiri negatif yang sudah sebati. Jangan cepat berputus asa.





Konsep kendiri negatif

Konsep kendiri positif
Dia peka kepada kritikan Dia yakin akan kemampuannya meng-atasi masalah;

Dia amat responsif sekali terhadap pujian Dia merasa setara dengan orang lain;

Cenderung merasa tidak disenangi orang lain Dia menerima pujian tanpa rasa malu;

Bersikap pesimis terhadap persaingan Dia menyedari setiap orang mempunyai pelbagai perasaan, keinginan dan perilaku yang tidak semuanya disetujui oleh masyarakat.