Sunday, May 17, 2009
Komunikasi Di Khalayak
Kandungan:
• Takrif
• Komunikasi Khalayak
• Komunikasi Positif
• Etika Komunikasi
• Halangan Komunikasi
• Keberkesanan Komunikasi
• Komunikasi Mesra
• Peringkat Komunikasi
• Komunikasi Interpersonal
• Komunikasi Intrapersonal
Takrif:
“Komunikasi adalah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapat atau idea dengan tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana kombinasi ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dikomunikasikan difahami dengan jelas oleh sesiapa yang terlibat”.
(Sillars, 1998)
Matlamat Komunikasi
• Menjalin Hubungan - mengambil berat tentang diri orang lain, menjaga keselamatannya dan membuatkan orang lain berasa dihargai.
• Rangsangan – mental, fizikal dan emosi.
• Estim diri – rasa dihargai dan diperlukan.
• Perkongsian.
• Saling memahami.
• Mempengaruhi
Sebab-sebab manusia berkomunikasi:
• Keperluan kesihatan fizikal dan mental.
• Keperluan identiti.
• Keperluan sosial
• Keperluan untuk mencapai matlamat
i. Keperluan Kesihatan Fizikal & Mental
• Kajian membuktikan orang yang tidak dapat berkomunikasi dengan orang lain akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan fizikal dan mental:
a. Menghadapi risiko koronari atau serangan sakit jantung lebih tinggi berbanding dengan orang yang sering berkomunikasi.
b. Orang yang terpinggir daripada orang ramai empat kali lebih mudah dihinggapi selesema berbanding mereka yang aktif.
c. Orang yang tidak suka berkomunikasi dua tiga kali lebih pendek usianya berbanding dengan orang yang terlibat dalam hubungan sosial seperti perkahwinan, persahabatan, keagamaan, dan sebagainya.
d. Lelaki dan perempuan yang bercerai mudah diserang penyakit jantung, barah, tekanan darah tinggi, tibi dan membunuh diri berbanding dengan mereka yang kekal sebagai suami isteri.
e. Orang yang kehilangan seseorang yang rapat dengannya kerana kematian, juga menghadapi risiko mati awal jika dia memilih untuk tidak berkomunikasi dengan orang lain.
f. Dari segi mental, seseoarang boleh mengalami halusinasi (khayalan sedang berinteraksi dengan seseorang) jika dia terpencil seorang diri.
(Adler, Rosenfeld &Towne, 1999)
ii. Keperluan Identiti
• Untuk mengetahui siapa diri kita sebenarnya:
- sama ada kita pandai atau bodoh, cantik atau hodoh, mahir atau tidak, dan sebagainya.
- bagi mengesahkan identiti dan menentukan konsep kendiri seseorang.
iii. Keperluan Sosial
• Kita perlukan kasih sayang, keseronokan, perasaan dipunyai, riadah, kawalan, dan sebagainya.
• Bagi memenuhi keperluan hidup yang lain.
iv. Keperluan Untuk Mencapai Matlamat
• Membolehkan kita memujuk atau mempengaruhi seseorang terutama yang menggunakan kaedah komunikasi antara perseorangan.
• Menurut kajian, kemahiran berkomunikasi adalah faktor penting untuk seseorang mendapatkan pekerjaan, peningkatan gaji dan kenaikan pangkat.
Cuba anda bayangkan:
Situasi 1
• Anda tersesat dan tinggal seorang diri di dalam hutan untuk beberapa tahun kerana tidak dapat mencari jalan keluar. Bagaimana agaknya kehidupan anda bersendirian beberapa tahun di dalam hutan tanpa seorang insan untuk berkomunikasi? Dan bila anda telah menemui jalan keluar dan menemui semula keluarga anda, bagaimana pula agaknya perlakuan komunikasi dan perasaan anda ketika itu?
Situasi 2:
Anda tidak dibenarkan bercakap dengan sesiapa pun pada minggu ini. Agaknya berapa lama anda boleh berbuat demikian? Satu jam, satu hari atau satu minggu? Apakah perasaan anda semasa tidak dapat berkomunikasi dengan sesiapa dalam jangkamasa tersebut?
Aktiviti:
• Buat pertembungan mata dengan rakan di sebelah anda tanpa berkata apa-apa selama 20 saat. Kemudian tanyalah kepadanya mengenai persepsinya terhadap diri anda mengenai perlakuan tersebut. Adakah perlakuan anda itu sejenis komunikasi?
KOMUNIKASI DI KHALAYAK
• Maksud khalayak: - penerima utusan / maklumat yang disampaikan.
• 2 kategori khalayak:
i. Khalayak umum – mereka yang menjadi sasaran umum sesuatu komunikasi.
ii. Khalayak khusus – mereka yang disatukan oleh minat dan orientasi yang sama
KOMUNIKASI 2 HALA
• Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
i. Sebelum berucap pastikan khalayak sudah bersedia.
ii. Komunikator sentiasa menganalisis khalayak semasa berucap.
iii. Jika perlu, sesuaikan atau ubah gaya penyampaian.
iv. Komunikator perlu peka kepada tindak balas khalayak.
v. Pendengar bukan sekadar penerima malah seorang pekongsi yang aktif.
MATLAMAT KOMUNIKASI DI KHALAYAK
i. Bertanggungjawab memberi pemahaman kepada khalayak.
ii. Bertindak balas terhadap maklum balas khalayak.
iii. Bertukar-tukar fikiran dengan khalayak.
iv. Memenuhi kehendak khalayak.
ANALISIS KHALAYAK
Pastikan orang yang akan hadir
Kumpul data tentang khalayak:
i. Bilangan
ii. Jantina
iii. Taraf pendidikan
iv. Peranan mereka
Fahami kehendak khalayak
Rancang ucapan dengan teliti
• Dicapai apabila kita suka kepada seseorang – lebih banyak memuji dan berasa seronok. Faktor-faktor yang menyebabkan kita suka seseorang:
i. Menyangka orang lain tertarik dan suka kepada kita.
ii. Kita memang tertarik kepadanya.
iii. Ada kaitan dengan estim diri.
iv. Merasakan diri kita dihargai.
Panduan membuatkan orang suka kepada kita:
i. Suka menolong orang.
ii. Jujur, ikhlas dan berhati baik.
iii. Pandai mendengar.
iv. Menjadi seseorang yang menarik minatnya.
v. Berbual dengan gaya positif dan kooperatif.
vi. Jangan bangga diri / merujuk diri.
vii. Hargai pandangan / ideanya.
viii. Jangan suka salahkan orang lain / elakkan perkara-perkara yang negatif.
ix. Pamerkan diri kita yang aktif.
x. Hidupkan suasana komunikasi
Salah satu kemahiran komunikasi bernilai tinggi ialah kemahiran mengucapkan kata-kata yang ingin didengar oleh seseorang:
i. Mengesahkan secara terus terang – paling penting dan paling digemari. Contohnya:
“Saya setuju dengan pendapat kamu.”
“Saya sokong alasan dan hujah kamu.”
“Saya pun sependapat dengan kamu.”
“Kalau begitu cadangan kamu, saya terima.”
ii. Mengucapkan perasaan positif - antara jawapan yang sangat digemari orang. Contoh:
“Saya tumpang seronok dengan berita kamu berjaya.”
“Baguslah, sekarang baru kita berasa puas.”
“Idea kamu sangat istimewa. Saya belum pernah mendengarnya daripada orang lain.”
“Leganya hati saya bila kamu kata begitu.”
“Saya juga turut bangga dengan pencapaian kamu.”
*AWAS – JANGAN keterlaluan!
iii. Meminta penjelasan lanjut – antara bukti yang menunjukkan kita berminat dengan apa yang diperkatakan. Contoh:
“Cuba terangkan lagi apa maksud kamu?”
“Boleh jelaskan apa maksud kamu itu?”
“Apa lagi faedah idea kamu itu?”
“Berapa kosnya?”
iv. Bersetuju dengannya.
Jangan berdiam diri jika kita bersetuju kerana keadaan seperti ini tidak digemari ramai. Berikan respon anda.
Contoh:
“Saya setuju dengan kamu. Idea itu memang baik.”
“Saya sokong pendapat kamu.”
“Betul kata kamu tu.”
“Saya boleh terima pandangan kamu.”
v. Tunjukkan sikap empati.
Ada kalanya orang mahu bercakap-cakap bukan kerana ingin memberi idea / cadangan, sebaliknya cuma ingin mencari ketenangan jiwa, hiburan dan sokongan. Berikan respon anda, contoh:
“Saya dapat rasakan beratnya beban yang kamu tanggung.”
“Saya faham kenapa kamu ambil langkah itu.”
“Memang patut kamu berasa begitu.”
“Siapa pun kalau terkena macam kamu, tentu dia buat apa yang kamu buat.”
“Sekarang saya baru faham kedudukan kamu dalam perkara ini.”
• Dengan menggunakan bahasa empati tadi, kita dapat membuat orang lain berasa:
Jiwanya berasa sihat, segar dan nyaman, seolah-olah baru hidup semula.
Dia berasa dirinya diberi kepercayaan penuh.
Batinnya rasa tenang dan tenteram.
Dia berasa yakin kepada diri sendiri.
Dia berasa dia seorang yang istimewa.
Dia berasa selamat dan serba selesa menjadi dirinya sendiri.
Dia berasa seronok dan suka dengan kehadiran kita.
Dia berasa kita memahami diri, fikiran dan perasaannya.
Dia berasa dunia ini terbentang luas untuk mereka berdua.
Penyampai Mesej Secara Efektif
i. Mesej yang boleh difahami
ii. Penyampai yang boleh dipercayai
iii. Tindakbalas yang optimum
Aspek-aspek Utama Kemahiran Menyampai
i. Pendedahan kendiri
ii. Meningkatkan penyampaian mesej
iii. Faktor-faktor menggalakkan perhubungan komunikasi.
iv. Prinsip-prinsip penyampai dalam komunikasi.
Etika Komunikasi
• Etika / adab berkomunikasi penting dijaga agar kita dihormati, dipercayai dan selesa didampingi.
1. Bersikap jujur – gunakan kata ‘saya’, contoh: ‘Saya tersinggung.’
2. Jangan menuduh – elakkan menggunakan kata ‘awak’, contoh: ‘Kata-kata awak menyinggung perasaan saya.’
3. Jaga nilai bersama – jangan pentingkan diri.
4. Maklumat tepat.
5. Jangan mengganggu / menyampuk
6. Bersikap positif.
Komunikasi Pelajar – Etika dan Personaliti
• Komunikasi bersemuka perlu dilaksanakan secara beretika.
• Etika juga dikenali sebagai falsafah moral, satu disiplin bersangkutan dengan nilai baik dan jahat, betul atau salah.
• Semua pihak perlu mematuhi etika yang telah digariskan.
• Kepatuhan terhadap etika bagi memupuk dan membina diri pelajar menjadi manusia berilmu.
10 perkara berkaitan etika yang perlu dipatuhi oleh pelajar:
i. Sentiasa patuh arahan pensyarah / guru.
ii. Ikhlas dan jujur menyiapkan tugasan.
iii. Elak diri daripada memfitnah atau berdendam.
iv. Hormati pensyarah / guru.
v. Berkerjasama dengan rakan-rakan.
vi. Kikis sikap benci dan irihati terhadap orang lain.
vii. Hormati hak pensyarah / guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
viii. Terima teguran dan baiki kelemahan.
ix. Jadikan tugasan sesuatu yang menyeronokkan.
x. Anggap menuntut ilmu suatu ibadah.
Personaliti:
i. Sebagai pelajar, perlu pamerkan personaliti baik sepanjang pengajian (di dalam atau luar kampus).
ii. Personaliti melibatkan aspek pemikiran, perwatakan, perasaan dan tingkahlaku.
iii. Masyarakat dapat menilai seseorang menerusi personaliti yang dimiliki.
10 perkara berkaitan personaliti
i. Pelajar (l / p) berpakaian kemas.
ii. Pelajar lelaki berambut pendek.
iii. Pelajar perempuan (Islam) bertudung / menutup aurat.
iv. Pelajar (l / p) tidak boleh memakai baju T dan berseluar jean ke bilik kuliah.
v. Pelajar perempuan berpakaian sopan.
vi. Elakkan daripada memakai selipar / capal ke kuliah.
vii. Pelajar perempuan dilarang memakai barangan kemas ke kuliah.
viii. Pelajar perempuan tidak boleh memakai pakaian menyerupai lelaki.
ix. Elakkan percampuan lelaki – perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
x. Elakkan pelajar lelaki – perempuan duduk berdekatan di bilik kuliah.
10 perkara sewaktu berkomunikasi
i. Menegur secara formal dengan kata sapaan yang sesuai.
ii. Bahasakan diri sebagai ‘saya’ bukannya ‘aku’. Jangan sebut kamu atau engkau kepada pensyarah / guru / kakitangan am.
iii. Elakkan diri daripada begitu mesra dengan pensyarah di khalayak.
iv. Elakkan daripada bergurau berlebihan dengan pensyarah.
v. Elakkan meminta pertolongan kecuali urusan akademik.
vi. Jangan memberi apa-apa hadiah atau sebagainya yang boleh menerbitkan implikasi kepada kedua-dua belah pihak.
vii. Jangan menganggap pensyarah sebagai rakan rapat dan boleh sewenang-wenangnya berjumpa dan berbual-bual di pejabatnya.
viii. Pelajar tidak boleh masuk premis pejabat sewenang-wenangnya.
ix. Elakkan daripada duduk di tempat pensyarah atau mencari sesuatu di meja sewaktu ketiadaannya.
Halangan Dalam Komunikasi
i. Tiada maklum balas.
ii. Salah faham atau prasangka.
iii. Masalah semantik.
iv. Keadaan persekitaran.
v. Sikap peribadi yang negatif.
vi. Tidak faham budaya orang lain.
vii. Perbezaan status.
viii. Kurang tumpuan.
ix. Gangguan emosi
Keberkesanan Komunikasi
i. Kandungan
ii. Kejelasan
iii. Konteks Sosial:
- komunikasi secara terbuka
- status yang seimbang
- secara musyawarah / muafakat
iv. Mendapat kepercayaan
v. Kaedah penyampaian
vi. Kesinambungan
vii. Keupayaan pendengar
Amalan Komunikasi Positif Dengan Pelajar
• Bersikap positif dan percaya terhadap pelajar.
• Bersikap ramah dan mesra.
• Hormati pendapat/pandangan pelajar.
• Ketahui latar belakang pelajar.
• Pendengar yang aktif.
• Tunjuk mimik muka berseri.
• Guna bahasa yang mudah difahami.
• Arahan yang jelas dan jitu.
• Bersemangat tinggi dalam penyampaian.
• Galakkan pelajar memberi idea/pandangan.
• Guna nama pelajar ketika berinteraksi.
• Guna gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan.
• Kaitkan pelajaran baru dengan yang sudah diketahui pelajar.
Fikirkan
Anak Belajar dari Kehidupannya
Jika anak dibesarkan dengan celaan,
dia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan,
dia belajar berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan cemuhan,
dia belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan,
dia belajar menyesali diri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi,
dia belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan,
dia belajar percaya diri.
Jika anak dibesarkan dengan pujian,
dia belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan perilaku yang amat baik,
dia belajar keadilan.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman,
dia belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dokongan,
dia belajar menyayangi dirinya.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan,
dia belajar menemukan cinta dalam kehidupan
Komunikasi Mesra
• Ciri-ciri Komunikasi Mesra:
1. Kawal perilaku dan tunjukkan kesopanan dan kehalusan budi.
2. Guna perkataan yang tepat dan ringkas, suara yang lembut, tetapi jelas.
3. Kawal mimik muka dan pergerakan diri.
4. Sedia berkhidmat dan memberi kerjasama.
5. Cuba fahami masalah orang ramai dan beri pertolongan yang perlu.
6. Insaf dengan tugas dan tanggungjawab.
Cara berkomunikasi di kaunter
• Sentiasa sedia terima atau bantu pelanggan.
• Jadikan tetamu/pelanggan mesra dengan anda.
• Jadikan mereka berasa diutamakan.
• Pelajari bahasa/loghat mereka.
• Cuba fahami keadaan / masalah mereka.
• Beri peluang tetamu / pelanggan menceritakan masalah / aduan.
• Berkata-kata dengan hormat.
• Jangan terlalu banyak bertanya.
• Diri sentiasa kemas
• Bersikap jujur.
Komunikasi Interpersonal
• Takrif:
“Komunikasi interpersonal ialah komunikasi kemanusiaan yang berlaku apabila seseorang berinteraksi secara serentak dengan orang lain dan saling mempengaruhi dengan tujuan untuk mengendalikan hubungan.”
(Beebe, Beebe & Redmond: 1999)
berinteraksi serentak – kedua-dua komunikator bertindak ke atas maklumat yang sama pada masa yang sama.
Saling mempengaruhi – kedua-dua komunikator menerima kesan daripada interaksi itu.
“Komunikasi interpersonal ialah suatu proses transaksi yang berterusan, melibatkan komunikator-komunikator daripada persekitaran yang sama ataupun berbeza dan mewujudkan hubungan melalui pertukaran mesej yang kebanyakannya dipengaruhi oleh gangguan atau halangan luaran, fisiologi dan psikologi.”
(Adler, Rosenfeld dan Towne,1999
Prinsip Asas Komunikasi Interpersonal
i. Kita tidak dapat mengelak daripada berkomunikasi.
ii. Komunikasi interpersonal tidak boleh ditarik balik.
iii. Komunikasi interpersonal sangat rumit. Ia melibatkan banyak persepsi / tanggapan.
Contoh:
persepsi kita tentang diri kita.
persepsi kita tentang diri orang itu.
persepsi kita terhadap persepsi orang itu tentang diri kita.
persepsi orang itu tentang dirinya.
persepsi orang itu tentang diri kita.
persepsi orang itu tentang persepsi kita terhdap dirinya.
* Oleh sebab banyak simbol dan mesej yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud, akibatnya timbul salah faham / konflik.
iv. Komunikasi interpersonal bersifat kontekstual.
Terdapat beberapa konteks yang terlibat:
Konteks psikologi – melibatkan keinginan, keperluan, nilai, personaliti, konsep kendiri dan nilai kendiri pada kedua-dua komunikator.
Konteks hubungan – melibatkan tahap kepercayaan, kuasa, kawalan, tahap pendedahan kendiri dan pengalaman diri masing-masing dalam hubungan mereka.
Konteks situasi – melibatkan persekitaran fizikal tempat kedua-dua komunikator sedang berkomunikasi.
Konteks budaya – melibatkan unsur-unsur budaya yang mempengaruhi interaksi mereka.
v. Komunikasi interpersonal tidak boleh diulang semula. Ia bersifat sementara dan sentiasa berubah.
Konsep Yang Salah Mengenai Komunikasi
• Kata-kata tidak semestinya membawa makna yang sebenar , terutama yang melibatkan penggunaan kata-kata kiasan.
• Lebih banyak berkomunikasi tidak selalunya lebih baik.
“Berdiam diri itu adalah satu kebijaksanaan tetapi tidak ramai orang mengetahuinya.”
(Maksud hadis)
• Komunikasi tidak boleh menyelesaikan semua masalah.
• Komunikasi tidak selalunya boleh mempengaruhi orang lain. Perlu ambil kira faktor-faktor lain seperti emosi, kesihatan, budaya, dan sebagainya.
• Komunikasi bukanlah suatu kebolehan semulajadi. Ia memerlukan masa dan latihan.
Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Interpersonal
• Kemahiran komunikasi interpersonal didapati melalui kefahaman, latihan dan pengalaman kerana ia melibatkan dua orang manusia yang mempunyai pelbagai perlakuan yang dipengaruhi oleh faktor-faktor psikologi, sosiologi dan budaya.
• Manusia juga mempunyai pengalaman hidup yang berbeza menyebabkan perlakuan komunikasi mereka juga berbeza.
• PERSOALANNYA: BAGAIMANA MENJADI SEORANG YANG MAHIR BERKOMUNIKASI?
Seseorang komunikator itu harus sedar bahawa:
Tiada suatu cara komunikasi yang ideal dalam komunikasi interpersonal. Oleh sebab itu kita memerlukan pelbagai gaya untuk menjadi komunikator yang berkesan, contohnya: gaya terbuka, tegas, lucu, pendiam dan sebagainya bergantung kepada situasi.
Kemahiran komunikasi bergantung kepada situasi. Pengalaman manusia yang berbeza-beza, emosi yang berubah-ubah dan budaya yang unik perlu diambil kira.
• Kemahiran komunikasi adalah berbeza dalam hubungan yang berbeza. Misalnya, orang-orang yang cemburu didapati mempamerkan pelbagai gaya komunikasi kepada pasangan seperti marah, mengurangkan perbualan, dan sebagainya.
Ciri-ciri Komunikator yang mahir
Menurut Adler dan Towne (1999), komunikator yang mahir mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Mempunyai pelbagai perlakuan komunikasi dan tahu memilih dan menyesuaikannya menurut keadaan. Contoh: jika anda diejek oleh rakan, apa respon anda?
ii. Tahu memilih perlakuan komunikasi paling sesuai dengan konteks atau situasi (ambil kira konteks situasi, matlamat interaksi dan maklumat diri orang yang terlibat dalam interaksi.
iii. Mahir mengaplikasi kemahiran komunikasi. Kemahiran diperoleh melalui pengetahuan, latihan dan pengalaman yang lama.
iv. Kebolehan kognitif yang luas – contoh: dapat melihat sesuatu isu dalam pelbagai perspektif atau merasi apa yang orang lain rasa / empati.
v. Pemantauan diri. Contohnya: menanyakan soalan-soalan pada diri untuk melihat kewajaran komunikasi sebelum interaksi berlaku.
vi. Perlu ada komitmen atau sifat prihatin terhadap orang lain.
Jenis-jenis Konsep Kendiri
• 3 jenis konsep kendiri:
i. Diri lahiriah (material self)
ii. Diri sosial (sosial self)
iii. Diri batiniah (spiritual self)
• Diri lahiriah meliputi segala benda dan jasad yang kita miliki.
• Diri sosial adalah segala bahagian diri kita yang berinteraksi dengan orang lain.
• Diri batiniah melibatkan pemikiran dalaman dan pendirian kita
Nilai Kendiri
• Ada kaitan dengan konsep kendiri. Jika konsep kendiri menghurai siapa kita, nilai kendiri pula menilai diri kita.
• Menurut Berne (1964), ada 4 posisi dalam kehidupan seseorang ketika menilai dirinya dan diri orang lain:
i. Saya ok, anda ok. (kita positif terhadap diri sendiri dan orang lain).
ii. Saya ok, anda tak ok.
iii. Saya tak ok, anda ok.
iv. Saya tak ok, anda tak ok.
Menurut Norton (1983), terdapat 9 gaya berkomunikasi:
1. Dominan. Apabila kita mempunyai konsep kendiri ingin menguasai, kita menggunakan gaya dominan seperti bercakap banyak, garang dan mengawal perbualan.
2. Dramatik. Kita suka bercerita atau berjenaka, selalu membesar-besarkan cerita, selalu berlakon semasa berbual.
3. Berdebat. Apabila berinteraksi, kita selalu bertengkar, bercanggah pendapat, sentiasa mahukan bukti, sukar untuk mengalah.
4. Animasi. Banyak menggunakan ekspresi muka dan gerakan tangan ketika bercakap.
5. Meninggalkan impresi/kesan. Menggunakan kata-kata yang mudah diingati dan dituturkan dengan lembut dan penuh sopan.
6. Tenang. Bercakap dengan penuh sabar sekalipun dalam keadaan tertekan. Tidak mudah dipengaruhi oleh suasana.
7. Mengambil perhatian. Semasa berinteraksi, kita turut mencerap dengan aktif dan membuat pertembungan mata.
8. Terbuka. Mudah menunjukkan ekspresi emosi dan boleh berkongsi maklumat dengan orang lain. Jujur dalam berinteraksi.
9. Peramah. Selalu memuji, memberi galakan dan sokongan.
• Wilson Learning Corporation mengklasifikasikan gaya-gaya komunikasi dengan melihat sejauh mana kita mempamerkan perlakuan responsif dan tegas.
• Responsif merujuk kepada usaha kita mementingkan perasaan orang lain.
• Ketegasan merujuk kepada usaha kita untuk mengawal orang lain seperti mengubah perlakuan atau menyuruh mereka melakukan sesuatu.
Perlakuan Responsif
Perlakuan Tegas (Assertive)
Task-responsive
People-responsive Tell-assertive Ask-assertive
Tak banyak cakap, kurang respons, mahukan fakta dan mendalam (detail), mata serius, pergerakan badan dan tangan terhad, pendedahan kepada perasaan peribadi, bercerita atau berbual adalah terhad, selalu sibuk dan pemerhati yang baik. Animated (merangsang), menggunakan ekspresi muka, terbuka dan bersemangat, kurang usaha dalam memberikan fakta, peramah, banyak pergerakan badan, boleh berkongsi perasaan, memberi perhatian dan responsif, menyanjungi hubungan. Suara tinggi dan rendah semasa menekan idea. Cepat dan jelas. Genggam salam yang kuat. Lebih banyak membuat pernyataan daripada bertanya. Memastikan orang lain tahu apa yang dia kehendaki.
Kurang guna suara untuk menerangkan idea. Bercakap perlahan. Salam tangan serupa sahaja. Selalu bertanya tapi kurang membuat pernyataan. Kabur dengan apa yang dikehendaki olehnya. Selalu menarik diri (ke belakang atau tidak berminat)
Teknik Memperbaiki Nilai Kendiri
1. Melatih diri dalam komunikasi intrapersonal (dalam diri). Wajar mengatakan sesuatu yang realistik dan positif kepada diri sendiri.
2. Melakukan penggambaran diri / visualization. Kita perlu membayangkan cara-cara berinteraksi dengan orang lain. Latih bercakap depan cermin.
3. Elakkan daripada membandingkan dengan mereka yang lebih berjaya. Yakini dri sendiri.
4. Rangka semula peristiwa dan pengalaman daripada pelbagai sudut pandangan dan menilainya menurut kaca mata orang lain.
5. Membentuk hubungan yang ikhlas.
6. Melupakan perkara/peristiwa lepas, terutamanya perkara buruk. Lebih baik ambil iktibar / pengajaran daripada peristiwa yang dilalui.
7. Dapatkan bantuan profesional bagi membaiki imej kendiri negatif yang sudah sebati. Jangan cepat berputus asa.
Konsep kendiri negatif
Konsep kendiri positif
Dia peka kepada kritikan Dia yakin akan kemampuannya meng-atasi masalah;
Dia amat responsif sekali terhadap pujian Dia merasa setara dengan orang lain;
Cenderung merasa tidak disenangi orang lain Dia menerima pujian tanpa rasa malu;
Bersikap pesimis terhadap persaingan Dia menyedari setiap orang mempunyai pelbagai perasaan, keinginan dan perilaku yang tidak semuanya disetujui oleh masyarakat.
Fungsi-Fungsi Bahasa Melayu
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI
Fungsi 1:
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan
Pemilihannya dilihat daripada beberapa faktor:
i. Komposisi penduduk negara:
- kelompok utama: Melayu, Cina dan India
- lain-lain: Arab, Thai, Portugis, suku kaum di Sabah dan Sarawak.
ii. Bahasa:
- Melayu : dialek-dialek Melayu
- Cina : Hokkien, Kanton, Hakka, Tieuchiu, Kangsai, Amoi, Foochow, Mandarin, dll.
- India : Tamil, Telugu, Malayalam, Punjabi, Urdu, Benggali, Sinhali, dll.
- Malaysia Timur: Iban, Kadazan, Bidayuh, Melanau, Bisaya, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Penan.
iii. Masalah yang timbul:
- Menentukan mana satu bahasa sesuai sebagai bahasa kebangsaan.
- Mesti dapat penuhi hati semua.
- Mesti dihormati dan berperanan penting dalam bidang sosial, ekonomi, politik, dll.
- Keperluan mendesak menjelang kemerdekaan.
iv. Bahasa Inggeris - <>
v. Bahasa itu menjadi identiti negara merdeka.
♪ Bahasa jiwa bangsa – tonggak jati diri bangsa.
♪ Menjadi identifikasi kebangsaan.
“Adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun kita memerlukan satu bahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa.”
(Tunku Abdul Rahman alhaj)
♪ Sebagai melambangkan identiti negara dan sebagai lambang penyatuan.
♪ Timbul ekoran desakan semangat kebangsaan.
♪ Sewaktu dijajah British, BI telah digunakan seluas-luasnya dalam pendidikan dan pentadbiran. Tiada usaha memilih satu bahasa kebangsaan.
♪ Menjelang kemerdekaan, lebih kurang 10% penduduk negara boleh bertutur dalam BI.
♪ Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, perlu satu bahasa yang luas digunakan bagi menjalankan hal ehwal pentadbiran negara.
- Dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan sejak merdeka.
- Sebagai cara mengatasi perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan.
- Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 152:
“Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen.”
- Tertakluk kepada beberapa syarat tertentu.
- Berfungsi sebagai lambang negara, lambang penyatuan, lambang kebebasan daripada belenggu penjajahan.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
- Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu digunakan dalam situasi-situasi rasmi seperti urusan pemerintahan dan pentadbiran, dll.
- Menurut Perlembagaan Persekutuan, 10 tahun selepas merdeka iaitu pada 1 September 1967, bahasa Melyu dipertimbangkan sebagai bahasa rasmi tunggal.
- Bahasa Melayu mula berfungsi sebagai bahasa rasmi mulai tahun 1969.
- Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu digunakan dalam situasi rasmi yang melibatkan "… apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam" (Awang Sariyan 1989: 3).
- Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia dilakukan menerusi dua cara, iaitu makro dan mikro. Pelaksanaan makro- melibatkan penguatkuasaan undang-undang penggunaan bahasa Melayu standard dalam bidang pentadbiran awam, sistem perundangan dan kehakiman, sistem pendidikan, dan urusan rasmi pentadbiran negara yang lain. Pada peringkat ini, bahasa Melayu digunakan dalam semua dokumen kerajaan merangkum nama jabatan, papan tanda, papan kenyataan dan arahan, iklan jawatan, iklan tender, iklan umum, borang rasmi, laporan dan penyata tahunan, surat pekeliling, dan warta kerajaan.
- Peringkat mikro pula membabitkan pengembangan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka diberi tanggungjawab untuk melaksanakan peringkat ini
Usaha-usaha ke arah mempertingkat penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi.
- Kempen Bahasa Kebangsaan oleh DBP sejak 1960-1967 untuk meningkatkan penguasaannya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.
- Kursus Bahasa Kebangsaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan kakitangan sektor awam.
Perkembangan Bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak
· Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak agak lewat kerana faktor sejarah (bergabung dalam Persekutuan pada 1963).
· Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Sabah pada 16 September 1973 dan di Sarawak pada Jun 1985.
· Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Sabah bertambah pesat setelah tertubuhnya Biro Bahasa Melayu di Jabatan Ketua Menteri pada 1977.
· Biro ini bertanggungjawab melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan, menubuhkan bahagian peperiksaan, bahagian terjemahan dan bahagian penggunaan.
· Di Sarawak, kajian oleh DBP pada 1985 menunjukkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di tempat ke-2 selepas bahasa Inggeris. Peratusan penggunaan sekitar 10-30% sahaja.
Perbincangan:
1. Bincangkan penggunaan bahasa Melayu di sektor swasta.
2. Bincangkan sejauh mana premis perniagaan peka kepada penggunaan bahasa Melayu yang betul dan mematuhi syarat sah pemasangan papan-papan tanda perniagaan.
3. Bincangkan sebab-sebab mengapa rakyat Malaysia seolah-olah tidak menghormati bahasa kebangsaan negaranya.
Beri komen anda:
Kita perlu menggunakan bahasa kita sebagaimana keupayaan negara maju yang lain seperti Jepun, Perancis,
Fungsi 2:
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Sumbangsaran:
Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?
Yang dimaksudkan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah:
i. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden Dengan kata lain Bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden.
ii. Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tianggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain.
- Untuk mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, sesuatu bahasa perlu mempunyai 2 ciri penting:
- Keintelektualan bahasa
- Kesempurnaan bahasa
Keintelektualan bahasa:
Berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan.
Kemuncaknya ialah penggunaan laras saintifik.
Keintelektualan bahasa dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata.
Kesempurnaan bahasa:
Bahasa sempurna adalah bahasa yang ada ciri-ciri kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.
Sifat kestabilan – bahasa ilmu harus mempunyai peraturan/sistem. Peraturan dan cara penggunaan aspek kebahasaan ini penting kerana tanpanya, kestabilan bahasa tidak tercapai.
Sifat kelenturan – bahasa harus ada ciri kelenturan (flexible), boleh menyesuaikan dan disesuaikan dengan alam sekitar dan pembaharuan-pembaharuan yang berlaku dalam masyarakat bahasa. Untuk menjadi sempurna, bahasa harus berupaya dan boleh menyesuaikan diri denga perubahan masa dan selera penutur tanpa mengorbankan sifat-sifat aslinya.
Sifat kepelbagaian – bahasa yang sempurna mempunyai pelbagai cara dan gaya penyampaiannya. Fikiran, perasaan atau pendapat boleh dilahirkan dalam pelbagai cara demi mendapatkan kesan yang berlainan.
Sifat keberkesanan – bahasa itu perlu berupaya memberikan maksud dengan tepat dan berkesan tanpa menimbulkan kekeliruan.
Ciri keindahan – bahasa harus mempunyai kosa kata yang sedap didengar, bertenaga, menarik dan dapat menyentuh hati pembaca atau pendengar. Ada pelbagai laras dan gaya bahasa.
Persoalan: Sejauh manakah bahasa Melayu berjaya sebagai bahasa ilmu?
Fungsi 3:
Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan
» Kebanyakan negara di dunia memiliki lebih daripada satu bahasa. Contohnya:
China – bahasa Cina, Mongolia dan Manchuria.
Britain – bahasa Inggeris, Scottish, Welsh dan Irish.
Amerika – berpuluh-puluh bahasa pendatang Eropah.
Indonesia – 300 bahasa serumpun.
Malaysia – pelbagai bahasa mengikut bangsa dan suku kaum.
» Perlu satu bahasa sebagai bahasa pengantar antara kaum, untuk menyatupadukan semua bangsa.
» Bahasa Melayu menepati ciri dan syarat sebagai bahasa perpaduan.
Perbincangan:
Cuba jelaskan apakah ciri-ciri / syarat-syarat yang perlu bagi membolehkan sesuatu bahasa itu layak digunakan sebagai bahasa perpaduan?
Fungsi 4:
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- Usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat itu sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.
- Justeru, usaha digembleng bagi menggantikan pengantar bahasa Inggeris. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyegerakan proses penukaran dilaksanakan.
Tahap-tahap pelaksanaan:
1957 BM sebagai mata pelajaran wajib di semua peringkat sekolah rendah dan menengah kerajaan.
1965 Kumpulan kecil pertama aliran Melayu memasuki UM.
1968 Kumpulan pertama aliran Melayu tamat pengajian di UM.
Sekolah menengah Melayu dimulakan di Sabah.
1970 Semua m/pelajaran darjah satu diajar dalam bahasa Melayu (kecuali BI dan bahasa ibunda).
1973 Semua mata pelajaran aliran sastera bagi tingkatan satu di sekolah menengah Inggeris diajar dalam bahasa Melayu.
1975 Kelas peralihan Inggeris dihapuskan.
Semua sekolah rendah Inggeris ditukar menjadi sekolah rendah kebangsaan.
1976 Semua mata pelajaran aliran sastera di tingkatan IV diajar dalam bahasa Melayu.
1979 Bermula aliran sastera di tingkatan VI dalam bahasa Melayu.
1980 Menjadi bahasa pengantar di SMK mulai tingkatan 1 – 5.
Tahun pertama jurusan sastera di universiti diajar dalam bahasa Melayu.
1983 Tahun pertama pengajian di universiti bagi semua kursus diajar dalam bahasa Melayu sahaja.
Fungsi 5:
Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
- Bahasa adalah alat perhubungan terpenting.
- Melaluinya kita dapat menyatakan sesuatu atau memahami orang lain.
- Komunikasi boleh berlaku sama ada secara lisan, bacaan atau tulisan namun hubungan secara lisan lebih meluas dan berkesan.
- Malaysia, penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama.
- Sungguhpun menggunakan bahasa yang berbeza, namun penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan utama telah dapat mengatasi masalah komunikasi.
Persoalan / sumbangsaran:
Kenapa mutakhir ini ramai rakyat negara ini mula enggan menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi?