Sunday, May 17, 2009

Fungsi-Fungsi Bahasa Melayu

BAHASA MELAYU KOMUNIKASI

Fungsi-Fungsi Bahasa Melayu

Fungsi 1:

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan

Pemilihannya dilihat daripada beberapa faktor:

i. Komposisi penduduk negara:

- kelompok utama: Melayu, Cina dan India

- lain-lain: Arab, Thai, Portugis, suku kaum di Sabah dan Sarawak.

ii. Bahasa:

- Melayu : dialek-dialek Melayu

- Cina : Hokkien, Kanton, Hakka, Tieuchiu, Kangsai, Amoi, Foochow, Mandarin, dll.

- India : Tamil, Telugu, Malayalam, Punjabi, Urdu, Benggali, Sinhali, dll.

- Malaysia Timur: Iban, Kadazan, Bidayuh, Melanau, Bisaya, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Penan.

iii. Masalah yang timbul:

- Menentukan mana satu bahasa sesuai sebagai bahasa kebangsaan.

- Mesti dapat penuhi hati semua.

- Mesti dihormati dan berperanan penting dalam bidang sosial, ekonomi, politik, dll.

- Keperluan mendesak menjelang kemerdekaan.

iv. Bahasa Inggeris - <>

v. Bahasa itu menjadi identiti negara merdeka.

Bahasa jiwa bangsa – tonggak jati diri bangsa.

Menjadi identifikasi kebangsaan.

“Adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun kita memerlukan satu bahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa.”

(Tunku Abdul Rahman alhaj)

Sebagai melambangkan identiti negara dan sebagai lambang penyatuan.

Timbul ekoran desakan semangat kebangsaan.

Sewaktu dijajah British, BI telah digunakan seluas-luasnya dalam pendidikan dan pentadbiran. Tiada usaha memilih satu bahasa kebangsaan.

Menjelang kemerdekaan, lebih kurang 10% penduduk negara boleh bertutur dalam BI.

Sebagai sebuah negara yang baru merdeka, perlu satu bahasa yang luas digunakan bagi menjalankan hal ehwal pentadbiran negara.

  • Dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan sejak merdeka.

  • Sebagai cara mengatasi perbezaan dari segi bangsa dan kebudayaan.

  • Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, perkara 152:

“Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen.”

  • Tertakluk kepada beberapa syarat tertentu.

  • Berfungsi sebagai lambang negara, lambang penyatuan, lambang kebebasan daripada belenggu penjajahan.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi

  • Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu digunakan dalam situasi-situasi rasmi seperti urusan pemerintahan dan pentadbiran, dll.

  • Menurut Perlembagaan Persekutuan, 10 tahun selepas merdeka iaitu pada 1 September 1967, bahasa Melyu dipertimbangkan sebagai bahasa rasmi tunggal.

  • Bahasa Melayu mula berfungsi sebagai bahasa rasmi mulai tahun 1969.

  • Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu digunakan dalam situasi rasmi yang melibatkan "… apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam" (Awang Sariyan 1989: 3).

  • Pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Malaysia dilakukan menerusi dua cara, iaitu makro dan mikro. Pelaksanaan makro- melibatkan penguatkuasaan undang-undang penggunaan bahasa Melayu standard dalam bidang pentadbiran awam, sistem perundangan dan kehakiman, sistem pendidikan, dan urusan rasmi pentadbiran negara yang lain. Pada peringkat ini, bahasa Melayu digunakan dalam semua dokumen kerajaan merangkum nama jabatan, papan tanda, papan kenyataan dan arahan, iklan jawatan, iklan tender, iklan umum, borang rasmi, laporan dan penyata tahunan, surat pekeliling, dan warta kerajaan.

  • Peringkat mikro pula membabitkan pengembangan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka diberi tanggungjawab untuk melaksanakan peringkat ini

Usaha-usaha ke arah mempertingkat penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

dan bahasa rasmi.

  1. Kempen Bahasa Kebangsaan oleh DBP sejak 1960-1967 untuk meningkatkan penguasaannya di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

  1. Kursus Bahasa Kebangsaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan kakitangan sektor awam.

Perkembangan Bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak

· Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak agak lewat kerana faktor sejarah (bergabung dalam Persekutuan pada 1963).

· Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Sabah pada 16 September 1973 dan di Sarawak pada Jun 1985.

· Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Sabah bertambah pesat setelah tertubuhnya Biro Bahasa Melayu di Jabatan Ketua Menteri pada 1977.

· Biro ini bertanggungjawab melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan, menubuhkan bahagian peperiksaan, bahagian terjemahan dan bahagian penggunaan.

· Di Sarawak, kajian oleh DBP pada 1985 menunjukkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di tempat ke-2 selepas bahasa Inggeris. Peratusan penggunaan sekitar 10-30% sahaja.

Perbincangan:

1. Bincangkan penggunaan bahasa Melayu di sektor swasta.

2. Bincangkan sejauh mana premis perniagaan peka kepada penggunaan bahasa Melayu yang betul dan mematuhi syarat sah pemasangan papan-papan tanda perniagaan.

3. Bincangkan sebab-sebab mengapa rakyat Malaysia seolah-olah tidak menghormati bahasa kebangsaan negaranya.

Beri komen anda:

Kita perlu menggunakan bahasa kita sebagaimana keupayaan negara maju yang lain seperti Jepun, Perancis, Jerman, Korea, dan sebagainya menggunakan bahasa mereka dalam konteks budaya dan nilai bangsa mereka sendiri bagi memajukan negara. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita mempertahankan martabat bahasa Melayu, bahasa yang menjadi imej ketuanan Melayu. Sesungguhnya bahasa kebangsaan kita tanggungjawab kita.

Fungsi 2:

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Sumbangsaran:

Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu?

Yang dimaksudkan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah:

i. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuan moden Dengan kata lain Bahasa Melayu harus boleh berfungsi sebagai bahasa akademik yang lengkap dengan laras-laras bahasa untuk memperkatakan pelbagai hal baharu dalam aneka bidang ilmu moden.

ii. Sebagai bahasa ilmu, Bahasa Melayu harus mempunyai perbendaharaan kata, istilah dan bahasa yang sesuai untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang kompleks dan abstrak. Bahasa Melayu perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tianggi dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain.

  • Untuk mencapai taraf sebagai bahasa ilmu, sesuatu bahasa perlu mempunyai 2 ciri penting:

    1. Keintelektualan bahasa
    2. Kesempurnaan bahasa

Keintelektualan bahasa:

* Berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan.

* Kemuncaknya ialah penggunaan laras saintifik.

* Keintelektualan bahasa dicapai melalui perkembangan perbendaharaan kata.

Kesempurnaan bahasa:

* Bahasa sempurna adalah bahasa yang ada ciri-ciri kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.

* Sifat kestabilan – bahasa ilmu harus mempunyai peraturan/sistem. Peraturan dan cara penggunaan aspek kebahasaan ini penting kerana tanpanya, kestabilan bahasa tidak tercapai.

* Sifat kelenturan – bahasa harus ada ciri kelenturan (flexible), boleh menyesuaikan dan disesuaikan dengan alam sekitar dan pembaharuan-pembaharuan yang berlaku dalam masyarakat bahasa. Untuk menjadi sempurna, bahasa harus berupaya dan boleh menyesuaikan diri denga perubahan masa dan selera penutur tanpa mengorbankan sifat-sifat aslinya.

* Sifat kepelbagaian – bahasa yang sempurna mempunyai pelbagai cara dan gaya penyampaiannya. Fikiran, perasaan atau pendapat boleh dilahirkan dalam pelbagai cara demi mendapatkan kesan yang berlainan.

* Sifat keberkesanan – bahasa itu perlu berupaya memberikan maksud dengan tepat dan berkesan tanpa menimbulkan kekeliruan.

* Ciri keindahan – bahasa harus mempunyai kosa kata yang sedap didengar, bertenaga, menarik dan dapat menyentuh hati pembaca atau pendengar. Ada pelbagai laras dan gaya bahasa.

Persoalan: Sejauh manakah bahasa Melayu berjaya sebagai bahasa ilmu?

Fungsi 3:

Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan

» Kebanyakan negara di dunia memiliki lebih daripada satu bahasa. Contohnya:

China – bahasa Cina, Mongolia dan Manchuria.

Britain – bahasa Inggeris, Scottish, Welsh dan Irish.

Amerika – berpuluh-puluh bahasa pendatang Eropah.

Indonesia – 300 bahasa serumpun.

Malaysia – pelbagai bahasa mengikut bangsa dan suku kaum.

» Perlu satu bahasa sebagai bahasa pengantar antara kaum, untuk menyatupadukan semua bangsa.

» Bahasa Melayu menepati ciri dan syarat sebagai bahasa perpaduan.

Perbincangan:

Cuba jelaskan apakah ciri-ciri / syarat-syarat yang perlu bagi membolehkan sesuatu bahasa itu layak digunakan sebagai bahasa perpaduan?

Fungsi 4:

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

  • Usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat itu sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

  • Justeru, usaha digembleng bagi menggantikan pengantar bahasa Inggeris. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menyegerakan proses penukaran dilaksanakan.

Tahap-tahap pelaksanaan:

1957 BM sebagai mata pelajaran wajib di semua peringkat sekolah rendah dan menengah kerajaan.

1965 Kumpulan kecil pertama aliran Melayu memasuki UM.

1968 Kumpulan pertama aliran Melayu tamat pengajian di UM.

Sekolah menengah Melayu dimulakan di Sabah.

1970 Semua m/pelajaran darjah satu diajar dalam bahasa Melayu (kecuali BI dan bahasa ibunda).

1973 Semua mata pelajaran aliran sastera bagi tingkatan satu di sekolah menengah Inggeris diajar dalam bahasa Melayu.

1975 Kelas peralihan Inggeris dihapuskan.

Semua sekolah rendah Inggeris ditukar menjadi sekolah rendah kebangsaan.

1976 Semua mata pelajaran aliran sastera di tingkatan IV diajar dalam bahasa Melayu.

1979 Bermula aliran sastera di tingkatan VI dalam bahasa Melayu.

1980 Menjadi bahasa pengantar di SMK mulai tingkatan 1 – 5.

Tahun pertama jurusan sastera di universiti diajar dalam bahasa Melayu.

1983 Tahun pertama pengajian di universiti bagi semua kursus diajar dalam bahasa Melayu sahaja.

Fungsi 5:

Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi

  • Bahasa adalah alat perhubungan terpenting.

  • Melaluinya kita dapat menyatakan sesuatu atau memahami orang lain.

  • Komunikasi boleh berlaku sama ada secara lisan, bacaan atau tulisan namun hubungan secara lisan lebih meluas dan berkesan.

  • Malaysia, penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama.

  • Sungguhpun menggunakan bahasa yang berbeza, namun penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan utama telah dapat mengatasi masalah komunikasi.

Persoalan / sumbangsaran:

Kenapa mutakhir ini ramai rakyat negara ini mula enggan menggunakan bahasa Melayu ketika berkomunikasi?

1 comment:

jadinwaas said...

Casino Del Sol - Black Hawk - JetBlue
The rooms were spacious and 안동 출장샵 spacious, and 청주 출장마사지 our stay was complimentary to make it a great getaway. They also had a 이천 출장마사지 snack bar and a 군산 출장안마 pool. 충청북도 출장안마